Monday, February 18, 2013

sosej haram


SENARAI SOSEJ TAK HALAL DIMAKAN...

Berikut adalah senarai brand sosej yg tidak halal. 6 jenama sosej yang telah dikenalpasti disalut dalam usus babi adalah

• Gourmessa
• Muller's Haus
• Dew Fresh
• Puteri
• Miami Butcher House
• Maspac

Pengilang yang mengeluarkan produk sosej yang menggunakan usus babi dan memasarkan di pasaran tempatan adalah;

• Deluxe Food Services Sdn Bhd di Shah Alam (Gourmessa)
• German Delicatessen - Subang (Muller's Haus dan Dew Fresh)
• Puteri Pan Pacific (Puteri)
• MiamiButcher House - Batu Feringgi (MiamiButcher House)
• Omcorp Sdn Bhd - Bukit Angkat Kajang (Dew Fresh)
• Pacific Refgerating Sdn Bhd (Maspac)

PLEASE SHARE!!!


Rujukan selepas admin buat carian:http://pengguna.blogspot.com/2005/03/sosej-usus-babi-hotel-terkemuka.html

Sunday, February 17, 2013

lazada

Lazada lancar kempen serah produk dalam 48 jam

14 Februari 2013
KUALA LUMPUR - Lazada.my, peniagaan dalam talian yang berkembang pantas di Malaysia, memberi jaminan penghantaran produk dalam masa dua hari perniagaan di kawasan Lembah Klang melalui kempen, 'Lazada’s Promise Campaign'.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata kiraan 48 jam itu bermula pada masa pengesahan melalui telefon pembelian sehingga percubaan pertama penghantaran.

"Dengan pertumbuhan dua angka yang meningkat kukuh dan pelaburan baru-baru ini daripada AB Kinnevik, JP Morgan, dan Tengelmann, kami percaya dengan usaha menaik taraf perkhidmatan kami dapat memberi kembali dengan lebih lagi kepada pengguna," kata pengasas bersama dan Pengarah Urusan Lazada.my Dr Mahmoud Fouz.
Lazada.my menjelaskan bahawa produk yang terlibat dalam kempen berkenaan akan mudah dikenali kerana kehadiran tanda '48 jam Jaminan Penghantaran' pada thumbnail.

Menurut syarikat itu, jika penghantaran mengambil masa lebih lama daripada yang dijanjikan, Lazada.my akan memberi pelanggan baucar tunai RM75.

"Lazada.my komited untuk menyerahkan barangan dalam tempoh 48 jam untuk pembelian prabayar yang dilakukan melalui kad kredit, pemindahan bank atau iPay88," katanya.
Berikutan beberapa siri kempen yang berjaya, seperti '12-12-12 Cyber Wednesday', 'Tawaran Tahun Baharu Cina' yang sedang berlangsung dan promosi 'Be my Valentine', Lazada.my merancang untuk melaksanakan kempen '48 jam jaminan penghantaran' secara jangka panjang dan sebagai bukti kualiti kepada pelanggan untuk menjadi syarikat yang memberi tumpuan kepada pelanggan.
Lazada.com.my merupakan tapak e-dagang bagi pelbagai barangan dan telah disenaraikan antara atas 100 laman web yang paling banyak dikunjungi di Malaysia oleh Alexa Rating System.
Ia turut berada di Vietnam, Indonesia, Filipina dan Thailand. - Bernama

orang kaya malaysia

Orang terkaya Malaysia: 31 bilionair, Syed Mokhtar kekal tangga ke-5

16 Februari 2013
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
Ananda Krishnan
Ananda Krishnan
Robert Kuok
Robert Kuok
KUALA LUMPUR - Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong masih merupakan orang terkaya di Malaysia dengan kekayaan bernilai RM46.1 bilion, meningkat sebanyak 0.88 peratus daripada RM45.7 bilion tahun lepas, diikuti oleh ahli perniagaan Ananda Krishnan dan Pengerusi/CEO Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow.

Ananda, yang menduduki tempat kedua sejak 2004, telah mengalami penyusutan kekayaan terbesar apabila ia merosot 23.5 peratus dari tahun lepas, dengan aset yang dipegang melalui Usaha Tegas Sdn Bhd bernilai RM32.90 bilion setakat tarikh pengiraan pada 18 Januari, 2013.

Teh, mengekalkan kedudukannya bagi tahun ketiga berturut-turut dengan aset bernilai RM13.73 bilion, demikian menurut Malaysian Business, majalah perniagaan perdana Malaysia dalam terbitan 16 Februari.

Ia berkata kekayaan tergabung 40 individu terkaya Malaysia itu meningkat sedikit tahun ini meskipun dalam keadaan pasaran modal yang turun naik dan tidak menentu.

Secara kolektif, 40 orang terkaya Malaysia itu bernilai RM194.86 bilion pada 18 Januari. Ini merupakan peningkatan kecil sebanyak 0.86 peratus berbanding RM193.2 bilion setahun lalu.

Semasa Malaysian Business mula-mula menilai kekayaan 40 individu terkaya Malaysia pada 2002, aset tergabung mereka berjumlah RM41.7 bilion dan Robert Kuok Hock Nien muncul pada kedudukan teratas.

Majalah itu berkata keempat dalam senarai itu ialah Tan Sri Quek Leng Chan, yang melonjak daripada kedudukan keenam tahun lepas, menggantikan Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Group, yang turun ke tempat keenam.

Kekayaan Quek, melalui syarikat utamanya, Hong Leong Group dan Guoco Group, bernilai RM11.09 bilion tahun ini.

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengekalkan kedudukan kelimanya tahun ini dengan kekayaan berjumlah RM10.60 bilion, meningkat daripada RM9.53 bilion tahun lepas.

Tan Sri Lee Shin Cheng, melalui syarikatnya, IOI Group, turun dari kedudukan keempat pada 2012 ke tempat keenam dengan aset bernilai RM10.56 bilion.

Pengerusi Genting Group, Tan Sri Lim Kok Thay, dan ibunya, Puan Sri Lee Kim Hua, masing-masing masih pada kedudukan ketujuh dan kelapan. Kekayaan Lim bertambah 7.06 peratus kepada RM8.12 bilion manakala Lee menambah kekayaannya
sebanyak 9.82 peratus kepada RM7.23 bilion.

Tan Sri Tiong Hiew King, melalui jenteranya, Rimbunan Hijau Sdn Bhd, berada di tempat kesembilan tahun ini dengan aset bernilai RM6.35 bilion, susut 1.01 peratus daripada kekayaannya tahun lepas.

Melengkapi senarai 10 terkaya ialah jutawan harta yang berpangkalan di Singapura, Ong Beng Seng, melalui Hotel Properties Ltd, dengan kekayaan berjumlah RM4.02 bilion, setelah mengalami penyusutan sebanyak 18.36 peratus daripada tahun lepas.

Malaysian Business berkata satu hakikat menarik ialah sejak 2002, seramai 81 tikun telah menyertai senarai 40 Orang Terkaya Malaysia dan daripada jumlah itu, 15 berjaya terus kekal dalam senarai.

Keseluruhannya, peningkatan kukuh kekayaan hartawan-hartawan ini boleh dikaitkan dengan prestasi pasaran saham dan inflasi harga, memandangkan sebahagian besar kekayaan mereka adalah berdasarkan pegangan saham masing-masing.

Ia juga mencerminkan prestasi syarikat mereka dan pertumbuhan positif ekonomi Malaysia dalam 12 tahun lalu.

Bagi tahun ini, ada 31 bilionair – bertambah seorang lagi sejak tahun lepas - dan 23 daripada 40 orang dalam senarai itu menyaksikan aset mereka meningkat daripada tahun lepas. Daripada seramai ini, 14 mencatatkan pertumbuhan lebih daripada 10 peratus.

Senarai itu juga mencatat tiga pendatang baharu. Datuk Desmond Lim dari Pavilion REIT muncul kali pertama dalam senarai itu pada tempat ke-15, dengan kekayaan bernilai RM1.869 bilion. Dua lagi, Datuk Tan Heng Chew dari Tan Chong Motors Holding dan Tan Sri Kua Sian Kooi dari KSK Group, memasuki semula senarai itu, masing-masing pada tempat ke-37 dan ke-40.

Senarai penuh 40 tikun dan perincian kekayaan masing-masing disiarkan dalam majalah itu. Ia juga memaparkan senarai 10 tikun terkaya dalam Pasaran ACE.

Seperti pada tahun-tahun lepas, kekayaan 40 individu dalam senarai itu dinilai berdasarkan pegangan kepentingan masing-masing dalam syarikat-syarikat tersenarai pada 18 Januari.

Malaysian Business diterbitkan oleh Berita Publishing Sdn Bhd. - Bernama