ARKIB : 15/10/2012
Ketua keluarga berkenaan, Mohd. Nor Mat Salleh, 56, bersama
isterinya, Che Najah Muhd. Daud dan dua anak perempuan mereka Nor Azira
dan Nor Hidayah ketika itu sedang sibuk memungut telur itik di kawasan
penternakan tersebut - kerja rutin mereka sejak dua tahun lepas.
Mohd. Nor ketika disapa mengakui taraf hidup keluarganya berubah sejak mendapat bantuan daripada MARDI dengan mengusahakan ternakan itik tersebut menerusi Projek KPI Menteri Itik Penelur.
''Sebelum ini saya melakukan pelbagai kerja untuk menyara hidup termasuk sebagai pekerja am Jabatan Pertanian dan juga kontrak membina rumah dengan gaji RM40 sehari sehinggalah MARDI membantu saya pada 2009," ujarnya yang disenaraikan dalam penerima bantuan e-Kasih.
Bapa kepada sembilan orang anak itu bagaimanapun tidak pernah berputus asas dan menyesali takdir hidup sebaliknya berusaha mengubah nasib keluarga sehingga 'dijodohkan' dengan MARDI.
Pada mulanya, dia ditanya oleh pegawai MARDI apakah projek yang mampu
dilakukannnya. Secara kebetulan pengalamannya memelihara kira-kira 10
ekor itik sebelum ini boleh dijadikan sebab mengapa Mohd. Nor memilih
untuk menternak itik penelur.
Pada 2009, dia diberi 220 ekor anak itik penelur dan dengan semangat serta pengalaman yang ada , Mohd. Noor mengambil anak itik berkenaan yang berusia dua bulan pulang ke rumah.
Satu kawasan lapang berpagar telah dipilih dan sesuai untuk penternakan itik itu dibersihkan - itu kawasan yang menempatkan projek sulung keluarga berkenaan.
Dua jenis baka telah dipilih termasuk baka daripada negara jiran
untuk tujuan tersebut. Apabila projek digerakkan, Mohd. Nor melihat ada
sinar kejayaan yang bakal dikecapi.
Itik-itik berkenaan mula bertelur setelah berusia empat bulan.
''Saya kena jaga betul betul itik ini kerana ia sensitif dan tidak boleh tertekan.
''Kalau itik mengalami tekanan, haiwan ini mungkin bertelur ketika umur lapan bulan," ujar Mohd. Nor.
Sebagai contoh katanya, dentuman petir yang terlalu kuat baru-baru ini telah mengejutkan ternakannya yang dibimbangi menjejaskan pengeluaran telur.
Dia memberi sagu sebagai makanan kepada itik terbabit selain batang
pisang yang diracik manakala produk GenKimo yang dihasilkan oleh
penyelidik MARDI beberapa tahun lepas turut digaulkan dalam bahan itu.
Penggunaan GenKimo sangat sesuai untuk ternakan ayam dan itik bagi
menghilangkan bau najis.
Itik juga diberi makan kulit telur bertujuan menjadikan tekstur telur yang lebih keras.
Mengenai pengeluaran telur itik, Mohd. Nor berkata, dia mengutip telur setiap hari untuk dibuat telur masin.
Untuk penghasilan telur masin, telur-telur itik itu dikutip dan dibersihkan serta dijemur sehari suntuk.
Selepas itu, telur berkenaan dicampurkan dan direndam dalam air garam selama 12 hari.
Turut dicampurkan ialah sedikit halia yang ditumbuk bersama daun pandan bertujuan menghilangkan bau hanyir.
Sejenis alat khas yang dipanggil brionometer digunakan bagi menyukat tahap kemasinan yang mana bacaan 20 perlu dikekalkan pada larutan berkenaan selama 12 hari tempoh rendaman tersebut.
Mengenai aspek pemasaran, kira-kira 60 peratus telur masin itu dijual
secara segar di pasar dan menerusi tempahan daripada penduduk sekitar.
Mohd. Nor menjual telur masin berkenaan pada harga 60 sen sebiji, yang nyata amat menguntungkan berbanding kos makanan 10 sen sehari bagi seekor itik.
Usaha tersebut kini sudah mula menampakkan hasil dan berjaya mengubah nasib keluarganya. Kini mereka memiliki pendapatan lebih baik berbanding sebelum ini.
Hasil projek tersebut ,dia mampu menambah baik rumah mereka dan membeli sebuah motosikal pada 2010 bagi memudahkan urusan memasarkan telur berkenaan.
- LAUPA JUNUS
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20121015/ag_01/Itik-penelur#ixzz29skoLxXR
© Utusan Melayu (M) Bhd
Itik penelur
Mohd. Nor ketika disapa mengakui taraf hidup keluarganya berubah sejak mendapat bantuan daripada MARDI dengan mengusahakan ternakan itik tersebut menerusi Projek KPI Menteri Itik Penelur.
''Sebelum ini saya melakukan pelbagai kerja untuk menyara hidup termasuk sebagai pekerja am Jabatan Pertanian dan juga kontrak membina rumah dengan gaji RM40 sehari sehinggalah MARDI membantu saya pada 2009," ujarnya yang disenaraikan dalam penerima bantuan e-Kasih.
Bapa kepada sembilan orang anak itu bagaimanapun tidak pernah berputus asas dan menyesali takdir hidup sebaliknya berusaha mengubah nasib keluarga sehingga 'dijodohkan' dengan MARDI.
Pada 2009, dia diberi 220 ekor anak itik penelur dan dengan semangat serta pengalaman yang ada , Mohd. Noor mengambil anak itik berkenaan yang berusia dua bulan pulang ke rumah.
Satu kawasan lapang berpagar telah dipilih dan sesuai untuk penternakan itik itu dibersihkan - itu kawasan yang menempatkan projek sulung keluarga berkenaan.
Itik-itik berkenaan mula bertelur setelah berusia empat bulan.
''Saya kena jaga betul betul itik ini kerana ia sensitif dan tidak boleh tertekan.
''Kalau itik mengalami tekanan, haiwan ini mungkin bertelur ketika umur lapan bulan," ujar Mohd. Nor.
Sebagai contoh katanya, dentuman petir yang terlalu kuat baru-baru ini telah mengejutkan ternakannya yang dibimbangi menjejaskan pengeluaran telur.
Itik juga diberi makan kulit telur bertujuan menjadikan tekstur telur yang lebih keras.
Mengenai pengeluaran telur itik, Mohd. Nor berkata, dia mengutip telur setiap hari untuk dibuat telur masin.
Untuk penghasilan telur masin, telur-telur itik itu dikutip dan dibersihkan serta dijemur sehari suntuk.
Selepas itu, telur berkenaan dicampurkan dan direndam dalam air garam selama 12 hari.
Turut dicampurkan ialah sedikit halia yang ditumbuk bersama daun pandan bertujuan menghilangkan bau hanyir.
Sejenis alat khas yang dipanggil brionometer digunakan bagi menyukat tahap kemasinan yang mana bacaan 20 perlu dikekalkan pada larutan berkenaan selama 12 hari tempoh rendaman tersebut.
Mohd. Nor menjual telur masin berkenaan pada harga 60 sen sebiji, yang nyata amat menguntungkan berbanding kos makanan 10 sen sehari bagi seekor itik.
Usaha tersebut kini sudah mula menampakkan hasil dan berjaya mengubah nasib keluarganya. Kini mereka memiliki pendapatan lebih baik berbanding sebelum ini.
Hasil projek tersebut ,dia mampu menambah baik rumah mereka dan membeli sebuah motosikal pada 2010 bagi memudahkan urusan memasarkan telur berkenaan.
- LAUPA JUNUS
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20121015/ag_01/Itik-penelur#ixzz29skoLxXR
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment