Monday, September 17, 2012

aim


Jana RM2,500 sebulan
Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri
kartika@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PENDEKATAN digunakan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dalam membangunkan industri mikro kredit dilihat semakin membuahkan hasil apabila organisasi yang ditubuhkan sejak 25 tahun lalu berjaya membawa golongan miskin tegar keluar daripada kepompong kemiskinan.

Selain itu, AIM mencatatkan pinjaman tidak berbayar (NPL) serendah 1.0 peratus menerusi kaedah tersendiri yang tidak membebankan peminjam digelar sebagai Sahabat AIM.

Ikuti temu bual wartawan Bisnes Metro, Sri Ayu Kartikawati Amri bersama Ketua Pegawai Operasi AIM, Halid Hasbullah Boestamam bagi berkongsi pendekatan diguna pakai AIM.

APAKAH objektif utama AIM dan sejak ditubuhkan apakah pencapaian terbaik AIM?

Objektif AIM ditubuhkan ialah untuk mengurangkan kemiskinan di kalangan isi rumah miskin dan termiskin di Malaysia dengan menyediakan pembiayaan kredit mikro bagi membiayai kegiatan yang boleh menambah serta meningkatkan pendapatan, menyediakan kemudahan kewangan berterusan kepada usahawan selain menyediakan bimbingan dan latihan berterusan kepada mereka.

Sehingga 31 Julai 2012, AIM mencapai jumlah Sahabat seramai 313,801 dengan 133 penubuhan cawangan serta modal dikeluarkan berjumlah RM7.2 bilion manakala kadar bayar balik AIM adalah 99.5 peratus.


Apakah resipi kejayaan sebenar AIM dalam mikro kredit ini?

Di AIM, kakitangan kami sendiri mencari ahli (Sahabat) yang ingin memulakan perniagaan, malah dengan pencapaian NPL AIM yang sangat rendah ia sebenarnya banyak disumbang sistem yang kami gunakan iaitu AIM tidak hanya memberi fokus kepada memberi pembiayaan, tetapi juga latihan, pendidikan serta promosi kepada Sahabat baru.

Paling penting, kami di AIM turut membina institusi keluarga itu sendiri kerana selain menyediakan latihan pendidikan, penampilan dan sahsiah diri yang dijalankan setiap minggu, AIM juga memastikan generasi kedua Sahabat mampu mengambil alih perniagaan atau mengembangkannya ke peringkat lebih tinggi.


Bagaimanakah strategi AIM dapat mencapai NPL yang kurang daripada 1.0 peratus?

Di dalam konteks AIM, kumpulan adalah satu proses awal bagi memenuhi syarat awal kredit mikro ikhtiar dengan setiap kumpulan terdiri daripada lima Sahabat dan kami menggunakan pendekatan bayaran balik secara mingguan.

Jika seorang ahli tidak dapat membayar balik pembiayaan dan kumpulan itu mempunyai tunggakan, ahli kumpulan dan pusat perlu bertanggungjawab sepenuhnya. Selain itu, kumpulan juga mengawal penggunaan modal dan membayar balik pinjaman setiap minggu. Disebabkan itu ahli kumpulan dipilih daripada sahabat kumpulan mereka sendiri melalui bancian pembantu amanah.

Mereka juga dipilih atas dasar kenal antara satu sama lain dan ahli kumpulan mestilah mempunyai rangkaian komunikasi yang bagus. Antara kaedah lain digunakan adalah pembiayaan secara sedikit-sedikit dengan AIM tidak memberinya sekali gus iaitu minimum RM3,000 walaupun jumlah maksimum pembiayaan ialah RM50,000.


Adakah AIM mempunyai perancangan lain untuk membantu Sahabat?

AIM memang mempunyai beberapa inisiatif untuk Sahabat sedia ada dan baru berikutan sudah 25 tahun menerajui segmen mikro kredit ini. Malah, mengikut pola dicapai AIM, kami lihat dalam tempoh antara satu dan lima tahun, Sahabat mampu menjana pendapatan lebih daripada RM2,500 sebulan.

Selain itu, 45 hingga 50 peratus daripada jumlah Sahabat AIM berjaya melepasi taraf miskin tegar sejak AIM ditubuhkan dan 5.0 hingga 10 peratus daripadanya mampu mencapai pendapatan lebih RM30,000 sebulan.

AIM juga menceburi bidang lain bagi mempelbagaikan sumber rantaian serta bekalan Sahabat termasuk sektor hartanah iaitu AIM membeli tanah dan kedai supaya dapat disewakan kepada Sahabat dengan harga berpatutan.

No comments:

Post a Comment