Dari blog ke butik
RINGKAS sahaja orangnya. Berblaus labuh rona kuning mustard, berskirt hitam dan berselendang gelap, Norazrina Mohd. Salleh, 27, banyak tersenyum ketika diajak berbicara.
Orangnya masih muda namun namanya cukup dikenali terutamanya oleh peminat pembeli-belah dalam talian. Tulang belakang di sebalik jenama Rina Salleh Clothing atau RSC ini popular sebagai butik maya yang menyediakan pelbagai rekaan busana muslimah.
Walaupun sebelum ini hanya beroperasi secara dalam talian, ia tidak menjadi halangan untuk koleksi rekaan anak kelahiran Subang Jaya, Selangor ini mendapat sambutan hangat.
Lebih membanggakan, RSC juga mempunyai kelompok peminat di luar negara seperti Singapura dan Ireland.
Kalau disusur semula cerita pembabitannya dalam perniagaan busana dalam talian, wanita yang mesra dengan pangilan Rina ini memberitahu, dia mula menjual tudung ketika menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor, beberapa tahun lalu.
"Mulanya rakan-rakan meminta saya membelikan tudung di Kuala Lumpur setiap kali pulang bercuti. Semakin lama semakin ramai pula yang menempah hinggakan ada masanya saya pulang bersama berpuluh-puluh helai tudung ke kampus.
"Dari situ, timbul keinginan untuk berniaga secara lebih serius. Selain menjual tudung, saya juga membantu rakan menjual kain di kampus. Alhamdulillah, sambutannya cukup mengalakkan.
"Saya juga semakin aktif membuka gerai dan berniaga di bazar-bazar untuk mencari duit poket," ujarnya yang suka mengisi masa lapang dengan membaca dan melayari internet.
Selepas tamat pengajiannya, pemegang Ijazah Sarjana Muda Juruukur Bahan ini mula memasarkan tudung dan busana rekaannya melalui blog.
"Ketika saya bekerja sebagai juruukur bahan di sebuah firma swasta, saya suarakan hasrat kepada ayah untuk berhenti kerja dan fokus pada perniagaan internet memandangkan sambutan baik daripada pelanggan.
"Namun, ayah tidak mahu saya buat keputusan terburu-buru. Sebaliknya, dia mahu saya terus bekerja dalam masa lebih kurang setahun sebelum memutuskan perjalanan karier saya.
Risau tak laku
"Selepas satu tahun setengah menjadi juruukur bahan, saya mula tuntut pada ayah untuk berhenti kerja dan fokus pada perniagaan blog. Masa itu, hati saya memang sudah melekat pada perniagaan blog.
"Namun, tumpuan terhadap perniagaan RSC sedikit terganggu kerana pada masa itu saya terpilih sebagai finalis pencarian Gadis Melayu musim ketiga anjuran TV9 dan perlu menjalani kuarantin selama 10 minggu.
"Hati saya pada masa itu berbelah bagi. Kalau ikutkan hati, saya ingin tarik diri daripada pertandingan tersebut dan fokus pada perniagaan blog. Malah pada beberapa minggu pertama juga saya sering ditegur kerana kurang fokus kepada aktiviti yang dijalankan.
"Namun, selepas mengenangkan sokongan yang diberikan oleh keluarga, terutamanya ibu yang tidak mahu melihat saya buat kerja separuh jalan, saya tinggalkan sekejap soal perniagaan dan fokus kepada pertandingan Gadis Melayu," kata isteri kepada Afiq Iskandar, 26.
Percaturan itu akhirnya berpihak kepada Rina. Selepas melalui pelbagai proses pembelajaran dan cabaran fizikal serta kerohanian dalam membentuk nilai-nilai kemelayuan, Rina dinobatkan sebagai juara Gadis Melayu pada Oktober 2010.
Kemenangan itu membolehkannya membawa pulang ganjaran berjumlah RM160,000 iaitu wang tunai RM30,000, set mutiara bernilai RM120,000, barangan elektrik bernilai RM10,000 serta trofi.
"Saya tidak pernah meletakkan harapan yang tinggi untuk menang, lagipun saya tidak pernah menang dalam setiap cabaran yang diberikan. Mungkin kepetahan saya menjawab soalan berjaya menambat hati para juri," kata Rina.
Mengakui dirinya kini lebih berkeyakinan, pertandingan pencarian Gadis Melayu menjadikan Rina lebih menyedari potensi dirinya.
Selain kembali fokus kepada perniagaan, Rina juga sering mendapat jemputan daripada universiti-universiti tempatan untuk sesi perkongsian pengalaman dan tip berhias diri.
Sambutan
"Itu aktiviti sampingan sahaja. Fokus saya sekarang hanyalah pada RSC lebih-lebih lagi selepas saya membuka butik awal bulan lalu.
"Mulanya risau juga bila memikirkan sambutan yang bakal diterima memandangkan banyak butik muslimah telah dibuka di sini. Macam mana kalau baju saya tak laku sedangkan modal yang dilaburkan bukan sedikit?
"Syukur kerana butik ini mendapat sambutan. Malah ramai pelanggan blog sanggup datang dari jauh untuk membeli-belah di RSC.
"Malah, dengan adanya butik ini, pelanggan berpeluang mencuba busana yang ditawarkan selain kami dapat mengenali lebih rapat antara satu sama lain. Maklumlah, sebelum ini kami berhubung dalam blog sahaja," ujarnya ketika ditemui di butiknya di Seksyen 7, Shah Alam.
Mengimpikan untuk mengeluarkan sendiri busana muslimah yang ditempah khas untuk setiap pelanggannya, RSC menyediakan koleksi busana muslimah hasil rekaannya sendiri daripada tudung, blaus, jubah moden hingga ke aksesori wanita. Harga yang ditawarkan cukup berpatutan iaitu dari RM20 hingga RM200.
Dalam merealisasikan impiannya untuk memiliki butik perniagannya sendiri, Rina sering mengingatkan dirinya supaya tidak lupa kepada golongan yang memerlukan.
Lantaran itu, dia yang kini hamil empat bulan sering membawa koleksi busananya ke pertunjukan fesyen yang biasanya dianjurkan oleh komuniti usahawan blog di negara ini.
"Ini sumbangan kecil saya kepada golongan yang memerlukan. Hari ini hari mereka, harapnya andai tiba hari saya nanti, Allah akan permudahkan segalanya untuk saya," ujarnya yang menyerahkan seratus peratus kutipan yang diraih kepada badan amal antaranya Red Bubble iaitu pertubuhan kanak-kanak kanser dan sebuah rumah perlindungan anak-anak yatim di Gombak.
Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera,
ReplyDeleteKoperasi Usahawan Inovasi Selangor Berhad dengan Sokongan Exco PBT Negeri Selangor dan Perkenan DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan, akan mengadakan 9 siri jelajah Karnival Jom Sedar yang akan bermula di Daerah Kuala Langat
pada:
Tarikh : 24, 25, 26 & 27 Jan 2013
Tempat : Plaza AIM Point Bandar Sungai Emas Banting
Terdapat 2 kategori tapak untuk disewa iaitu:
Ruang Utama 20 X 20
Ruang Pameran Marque tent 40 X 120
Ruang biasa 10 X 20
Antara Aktiviti Menarik :
Ceramah Perdana oleh Dato Ustazah Siti Norbakyah,
Pertandingan Sukan Rakyat 3000 Kanak-2 Menyertai.
Pertandingan Nasyid dan pidato,
Pertandingan AutoShow & Motoshow 500 peserta
30 jabatan & agensi kerajaan menyertai pameran informasi.
Peraduan Daftar & Menang Jumlah keseluruhan RM 1 Juta untuk direbut.
Cabutan bertuah setiap hari berlangsungnya karnival.
Akbar Sinar, Hot Fm dan TV1 akan bersama di karnival tersebut.
Pihak koperasi Usahawan inovasi selangor berhad telah mendapat sokongan
kerajaan negeri selangor & kerajaan persekutuan bagi tujuan diatas.
Tapak Terhad dan boleh hubungi kami di talian sebelum 15 januari 2013:
*Koperasi Usahawan Inovasi Selangor Berhad*
No. 7c Unit 3 Blok 2
Worldwide Business Park,
Seksyen 13 shah alam
40675 selangor Darul Ehsan
Tel : 03-5524 1129 | 1130 | 1131
Fax: 03-5524 1132
Hotline : 012 719 7710 (8.30am- 12.00am)
email : event@i-kuis.com | afhamkamin@gmail.com
p/s:
En/Cik, jika berminat boleh membuat separuh bayaran selewat-lewatnya pada minggu ini kemudian faks atau email bukti pembayaran kepada saya di atas
nama seperti berikut :
*Koperasi Usahawan Inovasi Selangor Berhad*
*Maybank 562218207926*
Selepas itu menyelesaikan baki bayaran pada minggu hadapan dan datang ke pejabat kami untuk melengkapkan borang & maklumat mengenai en/ cik dan perniagaan yang dijalankan.
Ruang Utama 20 X 20 = Rm 1500( RM 1.00 = RM 400 harga tambahan jika memilih kedudukan selama 4 hari)
Ruang biasa 10 X 20 = Rm 850( RM 1.00 = RM200 harga tambahan jika memilih kedudukan selama 4 hari)
& automatik menjadi ahli koperasi seorang untuk setiap tapak
Terima Kasih.