Berjaya Dalam Bisnes Dari Rumah – Apa Rahsia Mereka?
Artikel kali ini menyelami kisah dua orang ibu tunggal yang
gigih dalam menyara kehidupan keluarga masing-masing. Semangat dan
kegigihan mereka patut dijadikan contoh oleh semua ibu tunggal dan para
ibu keseluruhannya. Kekurangan dan kelemahan bukan penghalang mereka
untuk terus bangkit bagi meneruskan perjuangan dalam kehidupan.
Puteri Sharron telah muncul berjaya dalam perniagaan makanan yang diusahakannya ke peringkat yang lebih tinggi lagi, segalanya hanya bermula dengan modal RM500 tanpa bantuan sesiapapun. Pn. Norma pula mengalamai pelbagai ujian hidup yang getir sehingga pernah diipenjarakan kerana diinaya. Beliau bangkit kembali dengan menghasilkan perniagaan berasaskan internet.
Bagaimana ibu-ibu ini melakukan semua ini? Apa yang mereka lakukan? mari kita ikuti rahsia kejayaan perniagaan mereka.
Mungkin pada pandangan umum perpisahan adalah satu perkara yang sungguh menyeksakan, tetapi ia juga satu permulaan bagi satu kehidupan baru yang pastinya memberikan pelbagai dugaan dan cabaran lebih mencabar kepada insan bergelar ibu tunggal.
Pengalaman membesarkan anak tanpa kehadiran insan bergelar lelaki sebagai pelindung sememangnya sesuatu yang cukup mencabar bagi mereka yang bergelar ibu tunggal. Mereka sanggup bekerja keras siang dan malam tanpa mengira penat demi memastikan kebajikan anak sentiasa terjaga dan terbela hinggakan ada kalanya menyebabkan mereka menjadi mangsa keadaan demi kesejahteraan keluarga tercinta.
Jika sebelum ini, dia yang tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa hanya bergantung kepada suami dalam melakukan apa jua perkara, kini perlu berdikari dan menguruskan segala keperluan diri dan anak atas usaha sendiri.
“Saya melakukan pelbagai kerja sepanjang tempoh itu demi mencari rezeki untuk anak dan keluarga memandangkan semua anak berada dalam tanggungan saya. Malah, bekas ibu mentua pun lebih selesa tinggal bersama saya.
“Namun, disebabkan minat tidak terarah kepada semua pekerjaan yang dilakukan sebelum ini, maka ia hanya bersifat sementara saja sebelum berkecimpung dalam dunia perniagaan makanan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Permata, Hulu Klang.
Ibu kepada lima cahaya mata berusia antara enam hingga 16 tahun ini mengakui tidak mudah memulakan perniagaan sendiri memandangkan modal permulaan yang diperlukan amat tinggi. Menurutnya, dia memulakan perniagaannya berbekalkan modal RM500 tanpa bantuan sesiapa pada ketika itu dan mula berniaga secara kecil-kecilan menjual brownie coklat.
“Selepas memerhatikan produk yang ada di pasaran, timbul ilham untuk menghasilkan hidangan sampingan harian orang Melayu. Dari situlah saya cuba mengetengahkan penjualan sambal dan serunding dan produk pertama yang diperkenalkan adalah serunding pucuk ubi.
“Mungkin ia agak pelik, tetapi ternyata maklum balas diterima amat memberangsangkan dan ia mendapat permintaan tinggi di pasaran. Saya sendiri tidak sangka ramai peminat pucuk ubi,” katanya tersenyum.
Terdapat 11 produk yang dihasilkannya hingga kini iaitu serunding jantung pisang, sambal peria dan tempe, sambal petai garing, serunding pegaga, sambal belimbing buluh, serunding geragau, sambal garing putih, sambal geragau, sambal tomato ceri dan juga sambal ikan masin.
Puteri Sharron berkata, dia cuba mencari idea baru yang mampu memberikan kelainan dan belum pernah dipelopori secara meluas usahawan lain. Cabaran yang dilalui sememangnya banyak terutama dari segi modal dan tenaga kerja. Selain itu, ia juga memerlukan komitmen tinggi sekiranya ingin menempatkan produk keluaran sendiri di pasaran untuk jangka masa lama.
“Saya pernah digelar perempuan gila kerana cuba melakukan kelainan dalam perniagaan yang diceburi, tetapi ia tidak sesekali mematahkan semangat untuk terus berjaya.
“Malah, saya cukup bersyukur kerana produk SambaRunding akan berada di pasaran antarabangsa dan negara yang bakal diterokai kali ini adalah Filipina,” katanya.
Apa yang ingin diketengahkan kepada masyarakat terutama ibu tunggal, setiap perkara yang dibuat perlu dilakukan dengan kasih sayang dan bukan secara terpaksa kerana banyak keberkatan boleh diperoleh daripadanya.Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya boleh layari laman facebook.com/puteri.sharon.
Mengimbas kembali pengalamannya di sana, bekas pengurus kilang perabot itu mendakwa, pada ketika itu dia dianiaya sindiket klon kad kredit dan akhirnya menjalani hukuman di Penjara Thu Duc wilayah Binh Thuan, Ho Chi Minh selama tujuh tahun.
Bayangkan perasaannya ketika itu terpaksa berjauhan dengan anak dan berseorangan di bumi asing tanpa mengetahui nasib yang bakal berlaku terhadapnya kelak. Menurutnya, ketika itu dia berharap dapat pulang ke tanah air untuk sekali lagi bersama anak-anak dan pada September lalu, doanya dimakbulkan Tuhan.
“Ketika itu perasaan gembira dan bersyukur apabila dapat memijakkan kaki ke tanah air. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan saya ketika itu.
“Perkara pertama yang saya hendak lakukan ialah menatap wajah anak-anak selepas sekian lama terpisah dan berharap mereka dapat memaafkannya kerana ‘terpaksa’ meninggalkan mereka sebelum ini,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Selepas tiga bulan berada di rumah tanpa melakukan sebarang pekerjaan, dia mula mencari kekuatan untuk kembali aktif menguruskan diri sendiri tanpa perlu lagi mengharapkan belas ehsan sesiapa. Dia yang sudah 15 tahun menjadi ibu tunggal dan berhadapan dengan pelbagai dugaan hidup yakin mampu kembali berdiri atas kaki sendiri. Dia berazam membantu mereka memerlukan serta mengembalikan semangat mereka untuk terus berusaha walaupun selepas ketiadaan suami.
“Tiada siapa yang dapat menafikan hidup dengan membawa gelaran janda dan memelihara lima anak sendirian adalah satu tugas yang sukar, tetapi kesungguhan dan keyakinan diri perlu ada bagi memastikan keluarga tidak berpecah-belah.
“Saya tidak pernah menjadikan kegagalan rumah tangga sebelum ini sebagai penamat kepada segalanya, sebalik–nya berusaha memberikan hanya yang terbaik untuk anak. Bagaimanapun, tiada siapa menduga disebabkan tersilap langkah, ia memberikan kesan yang sungguh memeritkan,” katanya.
Disebabkan itulah, dia bangkit dan mengumpulkan idea bagi menyediakan peluang perniagaan di rumah dengan tujuan dan fokus utama memberi bantuan kepada ibu tunggal agar tidak menerima nasib yang sama sepertinya sebelum ini.
Jika difikirkan daripada pe–ngalaman lalunya di Vietnam, dia kini mampu tersenyum kerana di sebalik segala kesusahan yang dihadapi, terselindung pelbagai pengalaman berharga yang dibawa pulang bersamanya ke tanah air.
“Saya cukup bernasib baik kerana walaupun berada di penjara, tetapi layanan yang diberikan warden dan tahanan di situ amat baik dan saya berada dalam keadaan cukup selesa sungguhpun secara realiti berada di penjara.
“Sepanjang enam tahun sembilan bulan berada di sana, saya fasih berbahasa Vietnam dan hingga kini masih boleh bertutur dengan lancar dalam bahasa berkenaan,” katanya.
Di samping itu, untuk memastikan dia tidak lagi mengenangkan peristiwa lampau, dia kini menyediakan khidmat portal secara dalam talian bagi membolehkan ibu tunggal mengendalikan perniagaan mereka di rumah tanpa mengabaikan tanggungjawab terhadap anak dan keluarga.
“Produk asas perniagaan secara dalam talian ini banyak memfokuskan kepada set penjagaan bahagian keintiman rumah tangga kerana aspek terbabit adalah pelengkap dan pengukuh kerukunan rumah tangga setiap pasangan.
“Jika ‘kekurangan’, pelbagai reaksi ataupun masalah berkaitan boleh wujud sehingga boleh membawa kepada perpecahan hubungan kasih sayang suami dan isteri,” katanya.
Menurutnya, walaupun perkara ini kelihatan remeh pada pandangan sesetengah pihak, tetapi ia adalah sesuatu yang sukar untuk diperjelaskan.
“Pada kebanyakan pasangan yang berkahwin, soal keintiman rumah tangga adalah sesuatu yang sukar untuk dikongsi bersama dan ini menyebabkan mereka lebih banyak memendam perasaan tanpa mendapat bantuan untuk mengatasinya.
“Keintiman suami isteri amat penting untuk memastikan kelangsungan rumah tangga. Malah, suami isteri yang bahagia, juga akan membahagiakan anak-anak,” katanya.
Lebih senang disapa Kak Norma, mengakui dia cukup bersyukur kerana berjumpa dengan ramai individu yang sudi memberinya peluang untuk merealisasikan impiannya membantu ibu tunggal. Malah, dia juga bersedia memberi khidmat nasihat kepada mereka yang ingin meningkatkan taraf hidup, tetapi tidak memiliki pengetahuan untuk melakukannya. Norma berkata, perniagaan internet secara dalam talian ini bukan berbentuk jualan langsung menggunakan kaedah pemasaran berbilang tingkat (MLM) sungguhpun ia lebih memberikan penumpuan kepada jualan secara langsung.
“Disebabkan itulah saya mewujudkan produk Harmony yang dapat membantu mengatasi segala permasalahan keintiman yang berlaku kepada pasangan.
“Ia 100 peratus buatan tempatan dan turut diformulasikan atas usaha saintis terkemuka menggunakan bahan organik tanpa kesan memudaratkan,” katanya.
Untuk mendapatkan maklumat boleh hantarkan e-mel kepada harmony.myinfo@gmail.com ataupun layari laman harmony.com.my.
Puteri Sharron telah muncul berjaya dalam perniagaan makanan yang diusahakannya ke peringkat yang lebih tinggi lagi, segalanya hanya bermula dengan modal RM500 tanpa bantuan sesiapapun. Pn. Norma pula mengalamai pelbagai ujian hidup yang getir sehingga pernah diipenjarakan kerana diinaya. Beliau bangkit kembali dengan menghasilkan perniagaan berasaskan internet.
Bagaimana ibu-ibu ini melakukan semua ini? Apa yang mereka lakukan? mari kita ikuti rahsia kejayaan perniagaan mereka.
Mungkin pada pandangan umum perpisahan adalah satu perkara yang sungguh menyeksakan, tetapi ia juga satu permulaan bagi satu kehidupan baru yang pastinya memberikan pelbagai dugaan dan cabaran lebih mencabar kepada insan bergelar ibu tunggal.
Pengalaman membesarkan anak tanpa kehadiran insan bergelar lelaki sebagai pelindung sememangnya sesuatu yang cukup mencabar bagi mereka yang bergelar ibu tunggal. Mereka sanggup bekerja keras siang dan malam tanpa mengira penat demi memastikan kebajikan anak sentiasa terjaga dan terbela hinggakan ada kalanya menyebabkan mereka menjadi mangsa keadaan demi kesejahteraan keluarga tercinta.
Kisah Pengusaha SambaRunding
Bagi pengasas perniagaan makanan berasaskan sambal dan serunding iaitu SambaRunding, Puteri Sharron Aldila Abd Shukor, 43, perpisahan yang berlaku sebelum ini walaupun perit untuk dilalui, tetapi ia mempunyai rahmat tersembunyi. Katanya, empat tahun pertama selepas perpisahan adalah tempoh bertenang yang perlu dilaluinya dalam mengenal pasti keupayaan diri dan bangkit semula demi anak.Jika sebelum ini, dia yang tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa hanya bergantung kepada suami dalam melakukan apa jua perkara, kini perlu berdikari dan menguruskan segala keperluan diri dan anak atas usaha sendiri.
“Saya melakukan pelbagai kerja sepanjang tempoh itu demi mencari rezeki untuk anak dan keluarga memandangkan semua anak berada dalam tanggungan saya. Malah, bekas ibu mentua pun lebih selesa tinggal bersama saya.
“Namun, disebabkan minat tidak terarah kepada semua pekerjaan yang dilakukan sebelum ini, maka ia hanya bersifat sementara saja sebelum berkecimpung dalam dunia perniagaan makanan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Permata, Hulu Klang.
Ibu kepada lima cahaya mata berusia antara enam hingga 16 tahun ini mengakui tidak mudah memulakan perniagaan sendiri memandangkan modal permulaan yang diperlukan amat tinggi. Menurutnya, dia memulakan perniagaannya berbekalkan modal RM500 tanpa bantuan sesiapa pada ketika itu dan mula berniaga secara kecil-kecilan menjual brownie coklat.
“Selepas memerhatikan produk yang ada di pasaran, timbul ilham untuk menghasilkan hidangan sampingan harian orang Melayu. Dari situlah saya cuba mengetengahkan penjualan sambal dan serunding dan produk pertama yang diperkenalkan adalah serunding pucuk ubi.
“Mungkin ia agak pelik, tetapi ternyata maklum balas diterima amat memberangsangkan dan ia mendapat permintaan tinggi di pasaran. Saya sendiri tidak sangka ramai peminat pucuk ubi,” katanya tersenyum.
Terdapat 11 produk yang dihasilkannya hingga kini iaitu serunding jantung pisang, sambal peria dan tempe, sambal petai garing, serunding pegaga, sambal belimbing buluh, serunding geragau, sambal garing putih, sambal geragau, sambal tomato ceri dan juga sambal ikan masin.
Puteri Sharron berkata, dia cuba mencari idea baru yang mampu memberikan kelainan dan belum pernah dipelopori secara meluas usahawan lain. Cabaran yang dilalui sememangnya banyak terutama dari segi modal dan tenaga kerja. Selain itu, ia juga memerlukan komitmen tinggi sekiranya ingin menempatkan produk keluaran sendiri di pasaran untuk jangka masa lama.
“Saya pernah digelar perempuan gila kerana cuba melakukan kelainan dalam perniagaan yang diceburi, tetapi ia tidak sesekali mematahkan semangat untuk terus berjaya.
“Malah, saya cukup bersyukur kerana produk SambaRunding akan berada di pasaran antarabangsa dan negara yang bakal diterokai kali ini adalah Filipina,” katanya.
Apa yang ingin diketengahkan kepada masyarakat terutama ibu tunggal, setiap perkara yang dibuat perlu dilakukan dengan kasih sayang dan bukan secara terpaksa kerana banyak keberkatan boleh diperoleh daripadanya.Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya boleh layari laman facebook.com/puteri.sharon.
Kisah Pengusaha Perniagaan Internet
Sebaliknya pula yang berlaku kepada Normazawati Wong Abdullah, 50, yang pernah menggemparkan negara sebelum ini selepas gagal pulang ke tanah air selagi tidak membayar denda VND373,965,810 (RM60,208.50) kepada kerajaan Vietnam selepas menjalani hukuman penjara sejak 2004.Mengimbas kembali pengalamannya di sana, bekas pengurus kilang perabot itu mendakwa, pada ketika itu dia dianiaya sindiket klon kad kredit dan akhirnya menjalani hukuman di Penjara Thu Duc wilayah Binh Thuan, Ho Chi Minh selama tujuh tahun.
Bayangkan perasaannya ketika itu terpaksa berjauhan dengan anak dan berseorangan di bumi asing tanpa mengetahui nasib yang bakal berlaku terhadapnya kelak. Menurutnya, ketika itu dia berharap dapat pulang ke tanah air untuk sekali lagi bersama anak-anak dan pada September lalu, doanya dimakbulkan Tuhan.
“Ketika itu perasaan gembira dan bersyukur apabila dapat memijakkan kaki ke tanah air. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan saya ketika itu.
“Perkara pertama yang saya hendak lakukan ialah menatap wajah anak-anak selepas sekian lama terpisah dan berharap mereka dapat memaafkannya kerana ‘terpaksa’ meninggalkan mereka sebelum ini,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Selepas tiga bulan berada di rumah tanpa melakukan sebarang pekerjaan, dia mula mencari kekuatan untuk kembali aktif menguruskan diri sendiri tanpa perlu lagi mengharapkan belas ehsan sesiapa. Dia yang sudah 15 tahun menjadi ibu tunggal dan berhadapan dengan pelbagai dugaan hidup yakin mampu kembali berdiri atas kaki sendiri. Dia berazam membantu mereka memerlukan serta mengembalikan semangat mereka untuk terus berusaha walaupun selepas ketiadaan suami.
“Tiada siapa yang dapat menafikan hidup dengan membawa gelaran janda dan memelihara lima anak sendirian adalah satu tugas yang sukar, tetapi kesungguhan dan keyakinan diri perlu ada bagi memastikan keluarga tidak berpecah-belah.
“Saya tidak pernah menjadikan kegagalan rumah tangga sebelum ini sebagai penamat kepada segalanya, sebalik–nya berusaha memberikan hanya yang terbaik untuk anak. Bagaimanapun, tiada siapa menduga disebabkan tersilap langkah, ia memberikan kesan yang sungguh memeritkan,” katanya.
Disebabkan itulah, dia bangkit dan mengumpulkan idea bagi menyediakan peluang perniagaan di rumah dengan tujuan dan fokus utama memberi bantuan kepada ibu tunggal agar tidak menerima nasib yang sama sepertinya sebelum ini.
Jika difikirkan daripada pe–ngalaman lalunya di Vietnam, dia kini mampu tersenyum kerana di sebalik segala kesusahan yang dihadapi, terselindung pelbagai pengalaman berharga yang dibawa pulang bersamanya ke tanah air.
“Saya cukup bernasib baik kerana walaupun berada di penjara, tetapi layanan yang diberikan warden dan tahanan di situ amat baik dan saya berada dalam keadaan cukup selesa sungguhpun secara realiti berada di penjara.
“Sepanjang enam tahun sembilan bulan berada di sana, saya fasih berbahasa Vietnam dan hingga kini masih boleh bertutur dengan lancar dalam bahasa berkenaan,” katanya.
Di samping itu, untuk memastikan dia tidak lagi mengenangkan peristiwa lampau, dia kini menyediakan khidmat portal secara dalam talian bagi membolehkan ibu tunggal mengendalikan perniagaan mereka di rumah tanpa mengabaikan tanggungjawab terhadap anak dan keluarga.
“Produk asas perniagaan secara dalam talian ini banyak memfokuskan kepada set penjagaan bahagian keintiman rumah tangga kerana aspek terbabit adalah pelengkap dan pengukuh kerukunan rumah tangga setiap pasangan.
“Jika ‘kekurangan’, pelbagai reaksi ataupun masalah berkaitan boleh wujud sehingga boleh membawa kepada perpecahan hubungan kasih sayang suami dan isteri,” katanya.
Menurutnya, walaupun perkara ini kelihatan remeh pada pandangan sesetengah pihak, tetapi ia adalah sesuatu yang sukar untuk diperjelaskan.
“Pada kebanyakan pasangan yang berkahwin, soal keintiman rumah tangga adalah sesuatu yang sukar untuk dikongsi bersama dan ini menyebabkan mereka lebih banyak memendam perasaan tanpa mendapat bantuan untuk mengatasinya.
“Keintiman suami isteri amat penting untuk memastikan kelangsungan rumah tangga. Malah, suami isteri yang bahagia, juga akan membahagiakan anak-anak,” katanya.
Lebih senang disapa Kak Norma, mengakui dia cukup bersyukur kerana berjumpa dengan ramai individu yang sudi memberinya peluang untuk merealisasikan impiannya membantu ibu tunggal. Malah, dia juga bersedia memberi khidmat nasihat kepada mereka yang ingin meningkatkan taraf hidup, tetapi tidak memiliki pengetahuan untuk melakukannya. Norma berkata, perniagaan internet secara dalam talian ini bukan berbentuk jualan langsung menggunakan kaedah pemasaran berbilang tingkat (MLM) sungguhpun ia lebih memberikan penumpuan kepada jualan secara langsung.
“Disebabkan itulah saya mewujudkan produk Harmony yang dapat membantu mengatasi segala permasalahan keintiman yang berlaku kepada pasangan.
“Ia 100 peratus buatan tempatan dan turut diformulasikan atas usaha saintis terkemuka menggunakan bahan organik tanpa kesan memudaratkan,” katanya.
Untuk mendapatkan maklumat boleh hantarkan e-mel kepada harmony.myinfo@gmail.com ataupun layari laman harmony.com.my.
Lagi Info Menarik di: http://www.kerjakosongkerajaan.com/blog/bisnes-dari-rumah-apa-rahsia-mereka/#ixzz2IwJGd64y
No comments:
Post a Comment