Rezeki ayam bakar tempayan
RANTAU PANJANG - Keunikan membakar ayam dalam tempayan membawa tuah
kepada seorang peniaga di bazar Ramadan tepi Masjid Beijing, semalam.
Amri Mohamad, 44, berkata, dia memulakan perniagaan menjual juadah berbuka sejak tujuh tahun lalu, menggunakan resipi turun temurun.
Menurutnya, keunikan membakar menggunakan haba di dalam tempayan lebih diminati kebanyakan pelanggannya.
Ini kerana katanya, pelanggannya lebih mementingkan kesihatan kerana teknik membakar tidak menggunakan minyak banyak berbanding menggoreng atau menggril.
“Hanya satu plastik arang digunakan untuk membakar 10 ekor ayam dan ia mengambil masa beberapa jam untuk masak sepenuhnya.
“Bagi mengelakkan nutrisi serta rasa ayam hilang, saya membakarnya secara perlahan-lahan menggunakan haba yang sedikit,” kata Amri, semalam.
Memandangkan rasanya yang unik, Amri berkata, ayam yang dibakar akan habis dijual dalam masa sehari.
Sementara itu, seorang peniaga muda, Aziz Nawi, 26, turut menjual ayam bakar tandori di bazar yang sama sepanjang Ramadan, sejak enam tahun lalu.
Menurutnya, hampir 40 ekor ayam mampu dijual dalam masa sehari sepanjang bulan puasa kali ini.
“Mungkin harganya yang murah iaitu RM6 bagi suku ayam menyebabkan kami tidak menang tangan membakar ayam di sini,” katanya.

No comments:
Post a Comment