Nasi Ala Kadar RM2.50 jadi rebutan setiap pagi
KOTA BHARU - Murah dan paling penting, sedap. Itulah gambaran tepat
tentang Nasi Ala Kadar yang dijual dengan harga RM2.50 sebungkus di
gerai berdekatan jalan utama di Kota Bharu, Kelantan.
Pemilik gerai itu, Muhamad Zulfadli Mustafa, 32, berkata, kenaikan harga barang tidak pernah mempengaruhinya untuk menaikkan harga nasi di gerai itu sejak dua tahun lalu.
“Kita jual RM2.50 satu hidangan dan ada juga pelanggan yang minta dengan harga RM3. Setiap pagi memang tidak menang tangan walaupun saya turut dibantu oleh seorang rakan kerana ramai pelanggan menyerbu datang ke sini untuk membeli.
“Walaupun murah kita jaga kualitinya dan paling penting pelanggan berpuas hati dan dapat menikmati Nasi Ala Kadar tanpa perlu membayar dengan harga mahal,” katanya kepada Sinar Harian.
Nasi Ala Kadar yang dimasak sendiri oleh Muhamad Zulfadli ialah nasi putih berlaukkan ayam goreng yang diperap menggunakan bahan-bahan istimewa ditambah dengan kuah gulai dan sedikit sayuran, sudah tentu menepati selera pagi masyarakat tempatan.
Menurut pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Malaysia Perlis itu, dia mampu menjual 260 bungkus nasi tersebut setiap pagi bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari selama lima hari seminggu.
“Modal setiap hari RM300, ayam segar pula saya ambil terus dari tempat penyembelihan. Ramai pelanggan yang datang ialah pelajar sekolah, polis dan pekerja di kilang berdekatan.
“Saya memang sepenuh masa berniaga selepas habis belajar, sebab tiada peluang kerja jadi saya pilih perniagaan. Hasilnya memang menguntungkan,” katanya.
Katanya, beliau berharap mampu melebarkan lagi perniagaan itu dengan terus mengekalkan harga murah.

No comments:
Post a Comment