Artikel hanya 'copy n paste' dari akhbar atau lain-lain sumber. Untuk menghubungi syarikat atau individu terbabit usahakanlah oleh anda sendiri.
Saturday, October 30, 2010
Rita
Terima Jawatan Bukan Kerana Populariti
Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
Erni Dekritawati Yuliana Buhari. - Foto THE STAR Oleh IBRAHIM MOHTAR
ERNI Dekritawati Yuliana Buhari, nama panjang itu sebelum ini tidak dikenali.
Namun kes pembunuhan ibunya, Datuk Sosilawati Lawiya yang merupakan jutawan kosmetik bersama tiga individu lain menaikkan popularitinya.
Kehidupannya yang baru berusia 25 tahun itu berubah sekelip mata kerana terpaksa memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan peneraju empayar Nouvelle Visages.
Nama Rita diangkat sekali lagi apabila menyertai sayap Puteri Umno ketika bahang Perhimpunan Agung Umno Ke-61, Rabu lalu.
Lebih panas apabila beliau terus dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Biro Usahawan dan Pemantapan Ekonomi sayap berkenaan pada hari yang sama.
Kunjungan beliau ke ibu pejabat The Star pada Jumaat dalam wawancara khas bersama Mingguan mStar mengenai penyertaannya dalam Puteri Umno.
MSTAR: Bagaimana semuanya bermula?
Saya menerima jemputan sebagai pemerhati sahaja. Bagaimanapun, selepas mendengar persidangan Ketua Puteri dan ahli membuatkan saya tertarik.
Saya merasakan ini merupakan platform yang sesuai bagi membantu ahli Puteri.
Sesetengah mereka berkata ramai yang beranggap tidak buat kerja dan tidak tahu bagaimana untuk memulakan perniagaan.
Mereka hanya datang untuk memenuhkan dewan tetapi apa yang saya nampak mereka berminat untuk berniaga.
Dari situ saya nampak peluang yang ada untuk mengajar ahli bagi memulakan perniagaan dalam apa juga bidang pun.
Bezanya saya bermula dengan kosmetik dan yang lain mungkin mahu berniaga makanan dan pakaian.
Apakah perasaan Rita bila dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Biro Usahawan dan Pemantapan Ekonomi Puteri Umno?
Sebenarnya, saya berasa terkejut bila mendengar pengumuman itu. Saya masih baru lagi dalam industri ini dan terlalu muda untuk memegang jawatan begitu besar.
Sewaktu diumumkan (pelantikan), saya terkejut dan menganggapnya sebagai satu penghormatan yang besar buat diri saya. Mungkin Puteri Umno yakin dengan kebolehan yang saya ada.
Saya pun tidak tahu nak cakap bagaimana respon saya ketika itu. Ini kerana saya tidak dimaklumkan mengenai perkara itu sebelum ini.
Niat saya hanya untuk menyertai Puteri Umno sebagai ahli biasa. Tidak menyangka apabila menyerahkan borang itu terus melantik saya memegang jawatan itu. Saya seakan tidak percaya.
Adakah Rita sudah bersedia menggalas jawatan itu?
Saya ingin memperjelaskan, saya menerima jawatan itu bukan kerana populariti.
Matlamat utama saya adalah menyambung usaha ibu untuk membantu wanita terutama dalam bidang perniagaan.
Mungkin apa yang saya belajar daripada ibu dapat mengadaptasikannya kepada mereka.
Pengalaman saya baru ‘setahun jagung’ tetapi apa yang saya dapat sekarang sudah cukup membantu mereka yang memerlukan.
Tidakkah Rita takut dikatakan tidak layak diberikan jawatan itu?
Bagi saya, apa yang saya buat pasti ada baik buruknya. Mulut orang tidak boleh nak ditutup. Jadi, apa yang boleh saya buat, saya buat.
Apa yang boleh saya bantu, saya bantu. Tidak perlulah saya marah atau nak melenting apabila mendengar tohmahan-tohmahan orang.
Apa yang saya dapat, apa yang saya nampak dan apa yang saya boleh bantu, saya lakukan.
Apa yang cuba Rita buktikan selepas pelantikan ini?
Seperti yang semua tahu bahawa Nouvelle Visages (NV) adalah perniagaan kosmetik. Ia berkait rapat dengan wanita.
Dari situ saya melihat dapat membantu wanita dari segi perniagaan. Ini kerana perniagaan kami bukan lagi setakat kosmetik tetapi dipelbagaikan menerusi pengembangan empayar NV.
Setakat ini, NV mempunyai seramai 30 stokis, 300 cawangan di seluruh negara.
Dari situ saya dapat membantu mana-mana ahli yang berminat untuk menjadi stokis atau mengendalikan cawangan NV sama ada rangkaian kosmetik, fesyen dan lain-lain.
Oleh itu, saya nampak peluang yang besar untuk mereka yang mahu belajar dan masing-masing akan membantu. Cabarannya mungkin sama ada ahli berminat atau tidak untuk menyertai usahawan NV.
Mungkin juga modal tetapi perkara itu akan cuba diatasi. Modal begitu penting untuk memulakan perniagaan.
Jika tiada modal, tiada bisnes boleh dijalankan. Kita akan mendapatkan kerjasama dengan bank-bank untuk membantu ahli Puteri untuk memulakan perniagaan.
Apakah perbincangan selepas pelantikan itu?
Buat masa ini masih belum ada perbincangan kerana pengumuman pelantikan saya masih baru.
Perkara itu akan melalui mesyuarat terlebih dahulu. Macam mana atau apa yang akan berlaku seterusnya. Semuanya terlalu cepat untuk saya berkata apa-apa.
Kami tidak mengadakan apa-apa mesyuarat pun kerana ketika itu Umno masih sibuk bersidang maka belum ada masa untuk bermesyuarat.
Bagaimana dengan hasrat ibu yang dimaksudkan?
Ibu saya pernah memberi nasihat. Katanya, bidang kosmetik bukan saya seorang tetapi banyak syarikat kosmetik lain di Malaysia.
Oleh itu, kita tidak perlu dengki dengan mereka. Setiap rezeki adalah rezeki masing-masing. Tuhan sudah berikan rezeki itu maka tidak perlulah kita iri hati dan sakit hati.
Kita berasa lagi bagus kerana meramaikan lagi usahawan muda untuk mempolopori bidang kosmetik di Malaysia.
Oleh itu, fokus saya mahu menunaikan hasrat ibu untuk memajukan perniagaan. Puteri Umno merupakan platform terbaik untuk memperluaskan bantuan dan kerjasama berkaitan bidang keusahawanan di kalangan wanita.
Saya melihat pergerakan ini mempunyai ahli yang ramai dan pastinya antara mereka mahu menjadi usahawan tetapi mungkin tidak tahu bagaimana cara untuk bermula.
Peluang ini turut membantu golongan ibu tunggal dan kurang berkemampuan bagi meningkatkan taraf pendapatan mereka.
Adakah jawatan ahli jawatankuasa yang diberikan kepada Rita disebabkan oleh kejayaan ibu membina empayar perniagaan?
Apa yang Puteri Umno nampak bahawa NV bukan syarikat kecil tetapi telah dikenali seluruh Malaysia. Mungkin mereka melihat NV dapat membantu ahli Puteri dari segi memulakan perniagaan.
Bagaimana Rita melihat pergerakan Puteri Umno?
Sebagaimana yang kita tahu apabila mengetahui Umno, ia mengenai bangsa Melayu. Dari situ kita melihat Umno mahu membantu untuk menaikkan bangsa sendiri.
Dalam apa juga bidang, apabila bangsa Melayu naik, kita rasa tidak diperlekehkan. Kita mampu maju bersama bangsa lain.
Apakah masalah yang sering dihadapi bangsa Melayu?
Mereka tidak mempunyai pengalaman yang cukup untuk membuka perniagaan dan mereka tidak tahu perkara sepatutnya diperlukan bila menceburi bidang ini.
Mereka mungkin berpengalaman tetapi kurang ilmu. Oleh itu, masyarakat Melayu perlu membantu antara satu sama lain untuk maju terus ke hadapan.
Saya rasa apabila mendengar saja Melayu, pasti ada yang iri hati dan tidak boleh melihat orang lain berjaya.
Bila kita ada perasaan dengki, sampai bila bangsa Melayu mahu maju? Kita orang Melayu sepatutnya membantu orang lain.
Apa yang Rita boleh membantu Puteri Umno selain berkaitan perniagaan?
Saya akan memberi nasihat kerana mereka bertanya kenapa saya boleh kuat, boleh tabah dan tidak berasa sedih di atas pemergian ibu.
Mereka berminat untuk belajar bagaimana mengatasi perasaan dan emosi. Mungkin saya boleh tolong mereka. Bila kita kata perempuan, emosi kadang-kadang kurang stabil.
Saya tidak kata saya pandai tetapi apa yang saya tahu, apa yang saya boleh buat dan apa yang saya boleh bantu bagi mengatasi emosi kurang baik, saya bersedia membantu. Ini termasuk motivasi.
Dalam keadaan yang saya hadapi sekarang, orang lain mungkin akan lemah. Apa yang saya nampak kalau saya lemah, orang lain juga akan lemah.
Jadi, saya perlu kuat dan terus maju ke hadapan. Bila saya lemah, saya akan jatuh, Bila saya jatuh, saya tidak boleh buat apa. Mungkin empayar yang dibangunkan oleh ibu akan hancur.
Jadi, saya kena kuat dan tabah walaupun pada usia yang muda. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya meletakkan pegangan prinsip itu Apa yang berlaku ke atas ibu saya itulah hikmah yang saya hadapi sekarang.
Adakah semua ini dianggap beban buat Rita yang masih muda?
Ia bukan satu beban tetapi dugaan dan saya perlu menerimanya. Jika menganggap ia sebagai satu beban maka sampai bila-bila pun kita rasa tidak boleh memikul tanggungjawab itu.
Saya menganggapnya sebagai satu cabaran yang boleh maju. Sejak perkara yang telah berlaku, saya tahu banyak perkara. Saya belajar satu persatu.
Adakah penyertaan dalam Puteri Umno ini akan menarik minat Rita dalam bidang politik?
Saya sertai Puteri Umno bertujuan membantu ahli. Tapi sekarang keutamaan adalah perniagaan dan membantu masyarakat kerana itulah hasrat ibu.
Masih terlalu awal untuk memikirkan tentang hal lain. Saya baru sahaja ambil alih tanggungjawab ibu maka saya perlu fokus pada satu dahulu, mungkin lima tahun lagi saya akan lebih aktif dalam politik pula.
Bagaimana pula harapan Rita terhadap masyarakat?
Daripada mereka melemparkan pelbagai tohmahan, kenapa tidak memberikan saya peluang dan nasihat.
Saya masih baru dan perlu banyak belajar. Dengan sokongan ini daripada mereka berpengalaman dapat membantu saya untuk membantu ahli Puteri dari segi perniagaan.
Saya perlu bersedia dan menggalas tanggungjawab ini (ahli jawatankuasa Biro Usahawan dan Pemantapan Ekonomi). Sampai bila kita perlu takut?
Saya tak nak pada usia muda, saya menunjukkan tidak mampu menggalas tanggungjawab. Kita fikir secara positif, saya dapat memberikan idea-idea lebih bernas kepada masyarakat. Kecil-kecil cili padi.
Apa yang saya, apa yang boleh saya kongsikan.
Apakah perkembangan perniagaan yang diterajui Rita?
Saya memegang jawatan sebagai pengarah secara rasmi pada Jun lalu. Saya akan melancarkan Wisma Nouvelle di Cyberjaya pada Januari tahun depan.
Pelancarannya sepatutnya diadakan pada tahun ini tetapi saya menghormati pemergian ibu.
Tahun depan kita akan memulakan promosi NV dan melancarkan wisma berkenaan termasuk butik, spa serta pusat kesihatan dan kecantikan.
Friday, October 29, 2010
Rebut Peluang Semasa Harga Getah Naik
Rebut peluang kenaikan harga getah
GUA MUSANG 28 Okt. - Pekebun kecil getah disaran merebut peluang kenaikan harga komiditi itu di pasaran dunia dengan meningkatkan lagi hasil pengeluaran bagi menambah pendapatan mereka.
Ketua Pengarah RISDA, Datuk Mohammad Izat Hasan berkata, beliau percaya berdasarkan trend dan sentimen semasa, harga komiditi tersebut yang kini di paras sekitar RM12 sekilogram, dijangka terus meningkat.
"Kenaikan ini merupakan nikmat yang Tuhan berikan, maka kita kena ambil kesempatan dengan meningkatkan hasil bagi menambah pendapatan," katanya berucap pada Majlis Perhimpunan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,
Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bersama pekebun kecil jajahan Gua Musang di Dewan Orang Ramai Kampung Lepan Jaya dekat sini, hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau juga mahu supaya pekebun kecil menjual hasil mereka secara berkelompok tanpa menggunakan orang tengah bagi mengelak kerugian.
Ini kerana katanya, berdasarkan pemerhatian, harga getah yang dijual secara berkelompok oleh pekebun kecil di Kelantan lebih tinggi berbanding di negeri lain.
"Kita berharap, modul ini diperluaskan ke seluruh negara bagi membolehkan pekebun kecil getah meningkatkan pendapatan mereka," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, usaha Risda mewujudkan Pertubuhan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) yang dianggotai oleh lebih 12,000 ahli di seluruh, telah berjaya mengubah nasib golongan tersebut.
Mohammad Izat berkata, ketika ini terdapat 766 pertubuhan itu di seluruh negara dan di Kelantan sahaja terdapat 147 PWPK dengan keahlian seramai 1,883 orang.
"Tujuan PWPK diwujudkan adalah membolehkan wanita pekebun kecil terlibat dalam industri desa, ternakan dan sebagainya bagi meningkatkan pendapatan keluarga mereka. Ini kerana, peranan wanita kini semakin penting apabila perangkaan menunjukkan terdapat lebih 138,000 wanita yang merupakan pekebun kecil di seluruh negara dengan memiliki keluasan tanah kurang daripada 40 hektar.
"Kalau dapat dimajukan kaum wanita pekebun kecil ini, tahap kehidupan pekebun kecil akan dapat dibangunkan," katanya.
Mohammad Izat berkata, selain mewujudkan PWPK, RISDA juga dalam usaha memberikan latihan bidang keusahawanan di kalangan ahli-ahli PWPK yang akan melonjakkan taraf hidup mereka di mana sebahagiannya turut berperanan sebagai ketua keluarga.

Baulu Dan Penderam
Gadis dicabul 'ejen pembekal' model
KUALA LUMPUR 28 Okt. - Niat seorang gadis warga Thailand untuk menjadi seorang model berkecai apabila dia bukan sahaja dicabul malah disamun seorang lelaki yang menyamar sebagai ejen agensi membekalkan model.
Jurucakap polis berkata, gadis berusia 22 tahun itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dijemput lelaki berkenaan untuk dihantar ke sebuah hotel di Jalan Bukit Bintang di sini.
"Suspek berusia 35 tahun itu kemudian pulang namun muncul semula di bilik mangsa pukul 9 malam, kononnya untuk berbincang mengenai surat perjanjian," katanya.
Menurutnya, ketika berbincang mangsa telah ke tandas dan semasa keluar, dia mendapati telefon bimbit dan pasport miliknya yang diletakkan di atas meja telah hilang.
"Gadis tersebut meminta untuk memeriksa beg sandang lelaki terbabit namun permintaan itu ditolak hingga berlaku pergelutan,"
"Semasa kejadian tersebut, suspek turut mengambil kesempatan dengan mencabul gadis tersebut," katanya.
Sejurus selepas kejadian, mangsa membuat laporan polis di balai berdekatan sebelum kes itu dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Tuesday, October 26, 2010
Peneroka
Daripada menjaja kini usahawan makanan
KUALA KRAU 25 Okt. - Seorang ibu tunggal dari Felda Kota Gelanggi 3, Jerantut di sini membuktikan bahawa statusnya bukan alasan untuk berputus asa dan mengharapkan ihsan pihak lain.
Sikap positif yang diamalkan Roslelawati Yacob, 37, membuahkan hasil apabila perusahaan makanan sejuk beku yang diusahakannya semakin berkembang dan mendapat sambutan ramai.
Meskipun tanpa bantuan suami, Zuraee Abdullah yang meninggal dunia akibat penyakit jantung enam tahun lalu, berkat kesungguhannya, dia berjaya menubuhkan sebuah syarikat, Eyxora Enterprise Sdn. Bhd.
Menurutnya, nama syarikat itu adalah gabungan nama anak bongsunya, Eyzetty, 8, dengan arwah suami.
Syarikatnya mengeluarkan produk karipap empat rasa iaitu perasa sardin kentang ayam, keledek daging, tembosa ikan, donat kentang, che mek molek dan pau.
''Bermula secara kecil-kecilan iaitu menjaja dari rumah ke rumah dan pejabat serta pekan sehari, kini perusahaan ini semakin melebarkan sayapnya sehingga mendapat permintaan tinggi di kebanyakan pasar raya,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Anak peneroka Felda Kota Gelanggi 3, Jerantut, itu amat berterima kasih kerana Felda dan kerajaan memberi peluang yang luas kepadanya menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Dalam hal ini ujarnya, setiap anak peneroka perlu berani, rajin dan berfikiran positif untuk berjaya dalam bidang yang diceburi khususnya perniagaan yang banyak persaingan.
Mengimbau sejarah perniagaannya, Roslelawati memberitahu, perniagaannya bermula selepas suaminya yang bekerja sebagai seorang tukang masak hotel meninggal dunia secara mengejut.
Ujarnya, arwah suami banyak mengajar mengenai ilmu masakan seperti membuat kuih-muih.
''Ilmu yang diturunkan suami itu menjadi modal penting untuk memulakan perniagaan sejuk beku ini," katanya.
Pada peringkat permulaan ujarnya, dia menjalankan perniagaan di sebuah balai raya yang diubahsuai dengan bantuan Felda dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Kota Gelanggi 3.
Roslelawati bersyukur kerana kini mempunyai sebuah premis perniagaan di Simpang Kampung Pulau Tawar, Jerantut, hasil bantuan Jabatan Pertanian Pahang sebanyak RM20,000 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
''Seramai tujuh pekerja bertugas membuat tempahan kuih-muih seperti karipap empat rasa kerana permintaan tinggi daripada pelanggan.
''Saya berbangga kerana secara langsung dapat membantu anak-anak peneroka memperoleh pendapatan sampingan apabila bekerja di syarikat saya,'' katanya.
Roslelawati menambah, produknya kini bukan sahaja dipasarkan di Wilayah Jengka tetapi turut mendapat permintaan tinggi di hotel dan pasar raya seluruh negeri ini dan Lembah Klang.
Felda juga, jelasnya, banyak membantu dengan membuat tempahan bagi majlis-majlis keramaian.
''Kejayaan ini membuktikan golongan wanita berstatus ibu tunggal boleh berjaya jika berusaha gigih, tidak malu dan berdaya saing,'' katanya.
Sepanjang terlibat dalam bidang perniagaan, Roslelawati banyak melibatkan diri dalam pelbagai kursus, seminar dan bengkel keusahawanan.

Monday, October 25, 2010
Ikan Keli
Usahawan luaskan pasaran ikan keli
PASIR MAS 24 Okt. - Bermula dengan 22 tangki fiber dua tahun lepas, AZZ Marketing Sdn. Bhd. yang mengusahakan perniagaan produk berasaskan ikan keli di sini, bakal meluaskan pasarannya ke seluruh negara tidak lama lagi.
Pengarah Urusannya, Abdul Khairil Ridzuan Abdul Rahim berkata, hasrat itu akan terlaksana apabila pembinaan bangunan ibu pejabat syarikat bernilai RM8 juta siap dan beroperasi sepenuhnya dalam masa terdekat.
"Buat masa ini pasaran produk kami seperti keropok, serunding, popia, bebola ikan dan sosej yang diperbuat daripada ikan keli dijual di tapak pemprosesan di Kampung Kiat, Bunut Susu dan di Tesco Kota Bharu.
"Sambutan di Tesco ini amat menggalakkan dan meningkatkan keyakinan kami untuk meluaskan pasaran," katanya.
Mengulas sejarah syarikat, beliau berkata perniagaan itu bermula di atas tanah seluas suku ekar dengan modal RM360,000 yang menyaksikan ikan keli dibela dalam tangki fiber.
Kini AZZ Marketing mempunyai lapan cawangan penternakan ikan keli di seluruh Kelantan serta sebuah cawangan terbesar di Sitiawan, Perak yang dibina di atas tanah seluas empat hektar dengan 600 buah kolam, kata beliau.
"Tempat kita memulakan perniagaan ini akan dijadikan pusat pemasaran ikan keli terbesar di Kelantan. Kita juga merancang untuk menjadikan tempat ini sebagai produk ekopelancongan," katanya.
Abdul Khairil Ridzuan berkata, AZZ Marketing juga meluaskan bidang perniagaan dengan membuka pusat penginapan bertaraf tiga bintang Aleesya Inn di Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu serta rumah inap desa di Pelangi Mall yang terletak di pinggir Sungai Kelantan.
"Kami sekeluarga bermula dari bawah dua tahun lepas iaitu dengan hanya 22 tangki fiber berisi ikan keli. Apa yang kami kecapi sekarang membuktikan usahawan bumiputera boleh berjaya asal saja mahu berusaha," katanya. - BERNAMA

Pautan Kasih
Pautan Kasih ubah nasib
Oleh Roslah Othman
kota@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 24 Okt. - Bagi wanita ini, tiada perkataan yang mampu menggambarkan perasaannya kecuali ucapan syukur berkali-kali kerana berjaya membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan.
Itulah Jamaliah Jantan, 46, salah seorang peserta program Pautan Kasih I anjuran Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Dia ditemui pada majlis perasmian Program Pautan Kasih III yang disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah (Penyelerasan Dasar) ICU JPM, Datuk Ab. Ghani Ariffin di sini baru-baru ini.
Seramai 200 orang golongan sasar mendengar sesi taklimat mengenai projek pembasmian program kemiskinan yang bakal mereka lalui kelak.
Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahya Mat Ghani serta Pegawai Kemajuan
Negeri Wilayah Persekutuan, ICU JPM, Datuk Zaharil Kassim.
Kejayaan ibu tunggal itu yang kini memperoleh pendapatan sehingga mencecah RM5,000 sebulan melalui kemahiran urutan selepas bersalin harus menjadi contoh kepada individu lain.
Melalui program yang ditawarkan, Jamilah yang disenaraikan sebagai miskin bandar diberi bimbingan untuk mengembangkan kemahiran dalam bidang diminatinya, seterusnya menjadikan bidang itu bagi meningkatkan taraf ekonominya.
Turut mendapat manfaat daripada program itu ialah Noreha Abdul Rahman, 38, yang memilih kemahiran membaik pulih telefon bimbit.
Ibu tunggal kepada tiga anak berusia 12 hingga 16 tahun yang tidak pernah melangkah ke alam pekerjaan itu mengakui cukup bersyukur kerana program itu telah mengubah kehidupannya.
"Saya bersyukur kerana program ini benar-benar memberi saya kesedaran, kemahiran lebih penting dari wang kerana ia boleh digunakan selama-lamanya," ujarnya.
Sementara itu, Ab. Ghani berkata, hanya kekuatan minda dan keinginan untuk melakukan perubahan mampu mengeluarkan golongan miskin tegar di ibu negara daripada kemiskinan.
Menurutnya, mahukan perubahan itu perlu datang daripada diri sendiri kerana kerajaan hanya boleh membantu mereka sahaja.
"Kerajaan melaksanakan pelbagai program bagi tujuan tersebut, tetapi tidak dinafikan masih ada sebilangan golongan itu yang tercicir dan puncanya adalah dari diri dan sikap mereka sendiri," katanya.
Beliau berkata, sikap selesa dengan bantuan yang diterima daripada Baitulmal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi mereka terus miskin.
"Ia bukan sahaja merugikan tetapi juga turut mempengaruhi kadar kemiskinan bandar sedia ada.
"Sikap sebegini perlu dikikis dan mereka yang lain perlu mencontohi individu yang mengikuti program pautan kasih ini kerana ramai yang sudah berjaya dan mempunyai pendapatan tetap," ujarnya.

Sunday, October 24, 2010
Ali Jutawan
Ali jutawan pegang hadis Nabi
Oleh FATIMI NADIAH ZAINUDEEN
ahad@kosmo.com.my
ALI kini menyasarkan pelaburan dalam hartanah korporat.
KES pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya di Ladang Gadong, Banting, Selangor dikatakan ada kaitan dengan isu penjualan sebidang tanah milik Sosilawati di Pulau Pinang.
Peguam yang menguruskan penjualan tanah itu kini didakwa atas tuduhan membunuh Sosilawati dan tiga rakannya.
Sebagai peguam dan broker hartanah sekali gus, suspek dikatakan mampu menjana pendapatan yang luar biasa. Tetapi benarkah bidang hartanah menjanjikan kekayaan?
Cerita seorang konsultan hartanah dan pelaburan, Md. Ali Majis, 27, menarik untuk dikongsi.
Seperti segelintir masyarakat yang berfikiran negatif, itulah juga pemikiran awal Ali. Namun, anak kelahiran Kajang, Selangor itu kemudian menyedari bukan semua orang muda yang hidup senang ialah anak orang berada.
“Saya ada terbaca kisah orang bergelar jutawan pada usia yang muda walaupun lahir dalam keluarga yang susah.
“Sejak itu, kisah jutawan muda menjadi pendorong yang kuat untuk saya mencapai cita-cita saya,” kongsi Ali.
Anak ketiga daripada enam adik-beradik itu pada asalnya bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan.
Mula bekerja sejak berumur 10 tahun dengan mengikut ayah yang bekerja sebagai kerani sekolah melakukan kerja sampingan di kedai makan, Ali pernah mengendong set golf seberat kira-kira 10 kilogram kerana mahu memiliki apa yang dihajati.
“Ketika berumur 12 tahun saya bekerja sebagai seorang kedi kerana hendak mendapatkan sepasang kasut beroda rollerblade dan sebuah basikal.
Yuran
ANAK muda ini berjaya membeli kereta idaman ketika berumur 26 tahun.
“Pada waktu itu saya belum faham maksud berdikari. Saya bekerja demi mendapatkan wang untuk membeli barang yang saya mahukan semata-mata.
“Lagipun, ayah mendidik anak-anak lelakinya supaya mencari duit sendiri jika inginkan sesuatu,” kenangnya.
Keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Ali agak teruk gara-gara lebih asyik bekerja daripada membaca buku.
Sebagai hukuman, bapanya menyuruh Ali membayar sendiri yuran persekolahan untuk memasuki tingkatan satu.
“Cuti selama hampir dua bulan sebelum memulakan sesi pembelajaran di sekolah menengah saya penuhkan dengan bekerja.
“Mujurlah saya mendapat wang yang cukup untuk membayar yuran dan membeli kelengkapan persekolahan termasuk pakaian seragam, kasut dan beg sekolah,” tambahnya.
Tahun-tahun berikutnya Ali terus melakukan pelbagai kerja setiap kali cuti panjang.
Sasaran
Beliau pernah bekerja kilang untuk membayar yuran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Keputusan SPM yang baik membolehkan Ali memasuki Universiti Tunku Abdul Rahman (Unitar).
Pada tahun pertama memasuki universiti, Ali diberi peluang membantu bapa saudaranya menjual sebuah unit hartanah.
“Belajar sambil bekerja, pada usia 18 tahun saya berjaya membantu membuat jual beli hartanah pertama dan mendapat komisen yang lumayan iaitu hampir RM1,000.
“Sejak itulah saya membuka mata kepada bidang hartanah dan tidak pernah berpatah balik,” kongsinya yang turut mempunyai pengalaman menjadi jurulelong hartanah.
URUS NIAGA hartanah di kebanyakan negara di dunia menjanjikan pulangan yang berbaloi. - Gambar hiasan
Ketika berumur 23 tahun, Ali menyasarkan untuk memperoleh pendapatan RM100,000 dengan melakukan pelbagai kerja seperti menjual barangan komputer dan mengusahakan kafe siber. Sebelum tahun itu berakhir, sasaran yang ditetapkan tercapai.
“Apabila umur masuk 24 tahun, saya dapat membeli sebuah kondominium bernilai RM130,000 di Kuala Lumpur. Kos untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun yang sama juga mencecah RM60,000.
“Semua kira-kira itu menyedarkan saya bahawa tidak mustahil untuk saya mendapatkan RM1 juta,” dedahnya.
Memasuki bidang hartanah secara serius ketika berumur 25 tahun, Ali memikirkan sudah tiba masa untuknya membeli kereta idaman.
Namun, beliau terpaksa menunda impiannya itu. Sebaliknya beliau memberikan wang sebanyak RM100,000 itu kepada ayahnya yang berhasrat membuka sebuah rangkaian pasar raya.
RM1 juta
“Mungkin berkat saya menolong ayah, tiga bulan selepas memberikan ayah duit itu rezeki saya mencurah-curah.
“Di samping melakukan kerja-kerja rundingan, saya turut melabur dalam bidang itu.
“Akhirnya sasaran saya untuk memperoleh aset bernilai RM1 juta tercapai,” luah bapa kepada seorang anak ini.
Setahun selepas itu beliau berjaya juga menempah dan membeli kereta mewah BMW 525i.
Kini, memiliki aset bernilai lebih RM5 juta dalam bentuk hartanah pada usia 27 tahun, Ali mahu berkongsi selok-belok dalam bidang perundingan hartanah dengan khalayak.
Dahulu, sama seperti orang lain, Ali mahu menjadi kaya dan bergaya untuk dirinya sahaja. Namun, pertemuannya dengan sepotong hadis mengubah niatnya itu.
Hadis yang dipaparkan dalam sebuah media tempatan itu berkisar mengenai empat umat Islam yang beruntung dapat masuk syurga tanpa dihisab.
“Mereka ialah pejuang yang syahid, seorang alim, seorang yang mendapat haji mabrur dan seorang hartawan.
“Orang hartawan itu didahulukan masuk ke syurga kerana melalui kekayaannya beliau membantu pejuang agama, haji mabrur dan si alim itu melakukan ibadat mereka hingga layak masuk syurga tanpa dihisab.
JUTAWAN muda ini percaya kahwin awal adalah salah satu punca murah rezeki.
“Disebabkan hadis itu jugalah saya membuat sasaran untuk meramaikan lagi perunding hartanah dan jutawan di Malaysia.
“Broker hartanah memang sudah ramai di Malaysia tetapi bukan perunding hartanah,” kata Ali.
Maklumat tentang seminar perunding hartanah dapat ditemui di http://md-alimajis.com/blog.
Salah seorang pelanggan Ali ialah Rahim (bukan nama sebenar), 61.
Bagi Rahim, corak persaraannya berbeza berbanding pesara kerajaan yang lain.
Beliau tidak sekadar mengharapkan duit pencen bulanan sebaliknya sibuk menguruskan dan mengawal selia 70 unit hartanah di sekitar Lembah Klang dan Selangor, termasuk beberapa unit rumah anak yatim di Rawang, Selangor untuk menambah pendapatan.
“Melalui bayaran sewa rumah-rumah itu, saya kini mempunyai pendapatan pasif mencecah belasan ribu setiap bulan.
“Rumah-rumah yang saya beli bukanlah rumah bernilai tinggi. Hampir separuh daripadanya saya peroleh melalui lelongan dan kebanyakannya melalui perunding hartanah.
“Bidang hartanah tidak banyak masalah transaksi jika pembeli mempunyai sekurang-kurangnya ilmu asas dalam prosedur jual beli.
“Kalau tidak mahu ditipu, perlulah sekurang-kurangnya menyelidik sama ada hartanah itu benar-benar wujud,” ujar Rahim.
Ikan Kerapu
Keistimewaan ikan pemalu
Oleh ADHAM SHADAN, MOHD. AZLI ADLAN dan MANIRAH OTHMAN
ahad@kosmo.com.my
SEJAK Restoran Lucky di Ipoh, Perak beroperasi hampir tiga dekad lalu, masakan berasaskan ikan kerapu antara sajian yang sering menjadi buah mulut pelanggan.
Selain digoreng cili kering, stim, sup dan tiga rasa, kerapu disajikan istimewa bersama lebih 10 jenis bubur dan mi termasuk mi wantan dan mi udon.
Dua bulan lalu, restoran itu meraih perhatian rakyat Malaysia apabila menyajikan seekor ikan kerapu gergasi yang boleh dinikmati oleh lebih 400 orang.
Ikan kerapu sepanjang 2.5 meter dan seberat 148 kilogram itu dibeli pengusaha restoran itu pada harga RM8,000 daripada seorang nelayan yang berjaya menangkap ikan gergasi itu di Pantai Remis.
Ikan kerapu gergasi itu adalah yang kedua terbesar selepas ikan spesies sama seberat 170 kilogram (kg) yang diperoleh daripada nelayan sama kira-kira tiga tahun lalu.
“Bagi menjamin mutu, kami hanya mendapatkan bekalan makanan laut termasuk ikan kerapu secara segar pada setiap pagi daripada nelayan di Pantai Remis yang terletak kira-kira 120 kilometer dari sini,” kata pengusaha Restoran Lucky, Teoh Kar Hooi, 57.
Kar Hooi memberitahu, masakan kerapu dijual pada harga RM110 sekilogram atau RM11 bagi 100 gram. Ia akan dimasak mengikut permintaan pelanggan.
Ujarnya, berbanding kerapu bersaiz biasa, permintaan terhadap kerapu gergasi bersaiz 100 kg ke atas lebih tinggi.
Ia disebabkan tekstur lapisan antara kulit dan isi yang lebih kenyal dan manis hingga menjadi dambaan sesiapa yang memakannya.
“Namun, ikan kerapu gergasi tidak boleh didapati selalu. Seingat saya sepanjang 30 tahun restoran ini dibuka cuma lapan kali kami menyajikannya.
“Permintaan amat tinggi dan biasanya akan habis dalam jangka masa lima hari sahaja termasuk kerapu seberat 170 kg. Kerapu bersaiz biasa pula biasanya berjaya dijual hampir 8 kg sehari,” kata anak jati Parit Buntar itu.
Spesies
Kar Hooi berkata, kecuali insang, sisik dan isi perut, hampir kesemua bahagian dan organ kerapu gergasi boleh digunakan untuk masakan.
Beliau menerangkan, bahagian ikan kerapu gergasi yang paling berharga dan mendapat permintaan tinggi terutama di kalangan masyarakat Cina ialah tulang belakang. Tulang belakang kerapu gergasi akan dikerat-kerat kecil sebelum direneh dengan pelbagai herba Cina untuk dijadikan sup.
“Cara memakannya, sum-sum yang terdapat pada tulang belakang itu akan dihisap. Selain rasanya manis, orang Cina percaya ia mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.
“Oleh itu, tak hairanlah ia sentiasa dicari biarpun harganya boleh mencapai RM200 semangkuk,” kata Kar Hooi.
SEORANG pekerja di Restoran Lucky di Jalan Pasir Puteh, Ipoh, Perak sedang menyiang ikan kerapu gergasi.
Ikan kerapu atau nama saintifiknya Epinephalus sememangnya sejenis ikan laut yang banyak mendiami perairan negara ini.
Di dunia, taburan ikan kerapu di kawasan semula jadi adalah sangat meluas meliputi kawasan berbatu dan terumbu karang Asia Tenggara, Australia, China, pantai timur Afrika dan Kepulauan Pasifik. Dianggarkan terdapat hampir 100 spesies ikan kerapu di seluruh dunia.
“Ikan kerapu yang mempunyai jangka hayat antara 10 hingga 15 tahun memang boleh menjadi begitu besar.
“Saya pernah menyelam di Pulau Redang, Terengganu dan menemui ikan kerapu sebesar manusia dewasa,” kata Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Datuk Ahamad Sabki Mahmood kepada Jurnal.
Selain ikan kerapu gergasi yang memberikan rezeki lumayan buat pengusaha restoran dan santapan mewah buat penggemarnya, ikan kerapu juga menawarkan sumber pendapatan menerusi kegiatan menternaknya.
“Permintaan semasa terhadap kerapu adalah sebanyak 20,000 tan metrik setahun dan terdapat peningkatan sebanyak 20 hingga 30 peratus dari tahun ke tahun. Harga jualan ikan kerapu hidup adalah antara RM45 hingga RM55 sekilogram.
Jutawan
“Justeru, kerajaan amat menggalakkan penglibatan rakyat dalam penternakan ikan kerapu,” ujar Sabki.
Menurut beliau, kini terdapat 3,566 penternak ikan kerapu di negara ini merangkumi orang perseorangan, syarikat dan persatuan.
Tiga spesies ikan kerapu yang popular diternak di negara ini ialah kerapu harimau, kerapu kertang dan kerapu hijau.
Terdapat dua kaedah popular penternakan iaitu sistem sangkar dan sistem kolam.
Bagaimanapun, kata Sabki, penternakan ini masih memerlukan kos pelaburan yang tinggi. Kerja menetaskan telur ikan ini agak rumit dan memerlukan kemahiran.
Tambahan pula, kadar survival ikan itu yang selamat menetas dan membesar sehingga bersaiz 2.5 sentimeter (sm) hanya lima peratus.
Maka, jelas beliau, untuk kemudahan, orang ramai yang berminat menternak ikan kerapu boleh mendapatkan ikan kerapu kecil yang telah menjalani proses penentasan di pusat-pusat penetasan ikan jabatan itu seperti di Pulau Sayak, Kedah, Gelang Patah, Johor dan Tanjung Demong, Terengganu.
JOHARI memberi ikan makan di kawasan kolam penternakan ikan siakap dan kerapu di Laguna Gong Batu, Setiu, Terengganu.
“Individu yang berminat untuk menternak ikan ini dinasihatkan untuk menternaknya ketika saiznya melebihi 12 sm.
“Ikan ini agak sukar untuk diternak jika dibandingkan dengan ikan marin lain seperti siakap kerana ikan kerapu bukan ikan yang aktif.
“Ia ikan pemalu, sensitif dan kalau di lautan ia suka duduk di dasar laut. Kena ada kesabaran dan kemahiran yang tinggi untuk menternaknya,” kata Sabki.
Sememangnya ikan kerapu mampu menjana pendapatan yang besar kepada penternaknya. Ia bahkan mampu membuat penternaknya bergelar jutawan.
“Berdasarkan maklumat prestasi, kos input dan harga pasaran semasa, penternak dapat memperoleh hasil jualan sehingga RM1 juta dengan menggunakan 50 unit sangkar bersaiz 6x3x3 meter.
“Pada masa ini dianggarkan lebih 95 peratus daripada ikan kerapu harimau di Malaysia dieksport secara hidup ke Hong Kong,” tambah Sabki.
Kawasan ternakan yang berpotensi adalah kawasan daratan yang mempunyai bekalan air masin, pesisiran pantai dan juga perairan laut.
Di Laguna Gong Batu yang terletak di daerah Setiu, Terengganu, misalnya, ikan kerapu diternak secara besar-besaran sejak beberapa tahun lalu.
Salah seorang penternak di situ ialah Hasan Chik yang kini berusia 47 tahun. Dia bekerja sebagai nelayan sejak berusia 14 tahun dan memperoleh pendapatan antara RM200 hingga RM300 sebulan.
Nelayan
Hidupnya menjadi lebih sukar apabila tidak boleh turun ke laut ketika musim tengkujuh yang biasanya bermula sekitar November hingga April.
Bagaimanapun, cahaya rezeki keluarga Hasan mula bersinar pada tahun 1996 apabila dia diberikan empat buah sangkar untuk menternak ikan kerapu di Laguna Gong Batu.
KAR HOOI sudah lapan kali memperoleh kerapu seberat lebih 100 kg.
“Sekarang saya mampu meraih pendapatan bersih antara RM2,000 hingga RM3,000 sebulan,” kata pemilik 30 sangkar ikan ini yang bernaung di bawah Persatuan Pengusaha Ikan Dalam Sangkar, Laguna Gong Batu.
Jelasnya, biarpun tidak terlalu mewah, rezeki yang diraihnya di kawasan air payau itu kini sudah jauh berbeza berbanding ketika menjadi nelayan dahulu.
Timbalan Pengerusi persatuan itu, Johari Awang Besar memberitahu laguna itu adalah kawasan yang sangat strategik untuk penternakan ikan payau iaitu kerapu dan siakap.
Persatuan yang ditubuhkan sejak empat tahun lalu bagi membela dan menyelaras para penternak itu kini mempunyai kira-kira 60 ahli yang memiliki sejumlah 1,500 petak sangkar.
Namun, cuma kira-kira 20 peratus sangkar digunakan untuk ternakan kerapu manakala selebihnya siakap.
“Pada masa ini kami mempunyai jadual giliran untuk menjual ternakan supaya bekalan yang kami ada boleh dibeli pemborong pada sepanjang masa,” kata Johari yang turut digelar jutawan kerapu.
Friday, October 22, 2010
Terubuk
Rahsia terubuk
Oleh Misiah Taib dan Hazirah Che Sab
2010/08/22
Permintaan tinggi punca terubuk Sarawak diganti spesies import India, Myanmar
SEBUT saja terubuk Sarawak, pasti ramai yang akan terliur dengan keenakan isinya yang lemak dan manis, apa lagi kalau dapat menikmati ikan terubuk bertelur.
Malah tidak sah rasanya kunjungan pelawat ke Bumi Kenyalang, kalau tidak membawa pulang 'ole-ole' ikan terubuk Sarawak, terutama terubuk masin dan telur terubuk masin, yang ada dengan banyaknya di Pasar Tamu Satok di Kuching. Terubuk ini juga laris ketika Ramadan yang menjadi juadah wajib penggemarnya ketika berbuka mahu pun sahur.
Pendek kata, terubuk Sarawak memang amat popular terutama di kalangan pelawat dari Semenanjung, Sabah dan Brunei Darussalam, yang menjadikannya buah tangan wajib apabila berkunjung ke bumi kenyalang ini.
Populariti terubuk ini berkait rapat dengan hakikat ikan itu sudah lama pupus dari sungai di Semenanjung tetapi di Sarawak spesies ikan bertulang banyak itu masih boleh diperoleh terutama pada musim terubuk bertelur antara Jun hingga Oktober.
Bekalan terubuk tempatan boleh didapati di Sungai Lupar (Lingga dan Sebuyau dalam Bahagian Sri Aman), selain di Sungai Saribas (Pusa, Beladin dan Maludam di Bahagian Betong) dan Sungai Lassa (Teba’ang dan Daro di Bahagian Mukah).
Bagaimanapun, berbeza dengan mudahnya terubuk itu dibeli, hakikatnya, terubuk tempatan kian terhad dan sukar diperoleh yang disebabkan usaha kerajaan mengawal tangkapan ikan yang kian pupus dengan mengehadkan kegiatan menangkap ikan terubuk. Semua ini demi membolehkan spesies ini membiak.
Biarpun bilangannya terhad, ramai peraih yang masuk ke kawasan berkenaan setiap kali musim terubuk untuk membeli bekalan yang terhad itu secara borong dan mengeksportnya ke luar negara terutama Singapura.
Tidak hairanlah harga ikan terubuk tempatan bertelur kini boleh mencecah antara RM36 hingga RM45 sekilogram berbanding sekitar RM28 sekilogram satu ketika dulu. Terubuk masin tempatan atau lebih dikenali sebagai ‘terubuk masin local’ di kalangan pembeli pula dijual pada harga RM18 seekor berbanding RM8 seekor untuk saiz sama bagi ikan terubuk import.
Ramai yang mungkin tidak sedar kebanyakan ikan terubuk masin yang dijual di kawasan Pasar Satok di Kuching itu diimport dari India dan Myanmar dengan jumlah pengusaha yang menjual ikan terubuk kini berjumlah 14 orang, dibantu lebih 100 pekerja.
Pengasas penjualan ikan terubuk masin di Sarawak, Ibrahim Mohd Sahari, 49, dari Jalan Muhibbah, Kuching, berkata mereka terpaksa membeli ikan terubuk yang diimport dari India dan Myanmar daripada pembekal.
“Saya orang pertama menjual ikan terubuk di Kuching pada 1989. Dulu harga sekotak ikan terubuk masin seberat 20 kilogram dijual dengan harga RM75 saja, kini sudah naik sehingga antara RM150 hingga RM250 sekotak mengikut saiz ikan.
“Dengan dibantu 13 pekerja, saya menjual sehingga satu tan metrik atau 50 kotak terubuk sehari, dengan berat setiap kotak 20 kilogram,” katanya sambil menambah ikan kecil yang dipanggil ‘Semperit’ boleh dijual dengan harga empat ekor RM10, tetapi ikan besar yang dipanggil 'terubuk' dijual pada harga antara RM10 ke RM18 seekor,” katanya.
Cara memproses terubuk masin cukup mudah dengan mengeluarkan ikan terubuk beku dari kotak dan terus merendam dalam air kira-kira dua minit, sebelum disiang dan dibersihkan. Bagi yang bertelur, telur akan dikeluarkan untuk dijual secara berasingan. Selepas itu, ikan terubuk yang sudah dibersihkan akan diletakkan garam yang diimport dari Thailand, sebelum terus dipamer untuk dijual.
Bagi telur terubuk import ia dijual dengan harga antara RM100 hingga RM200 sekilogram, berbanding telur terubuk tempatan dari Sarawak yang dijual dengan harga RM300 sekilogram.
“Kita hanya menggunakan garam yang diimport dari Thailand kerana ia paling halus dan lembut. Harga garam Thailand ini dulu hanya RM8.50 seguni (mengandungi 25 kilogram garam) berbanding sekarang sudah naik kepada RM16 seguni. Selain kos membeli terubuk sudah naik begitu tinggi, kos lain termasuk garam juga sudah naik, tetapi harga terubuk masin masih kekal sama, sekali gus menyebabkan kami tidak untung banyak,” katanya.
Ibrahim yang juga pemilik Perusahaan U.I.T.M (Usahawan Ikan Terubuk Masin) turut menjadi pembekal tetap terubuk masin kepada Tabung Haji dan agensi yang menawarkan pakej umrah, untuk dibawa oleh jemaah sebagai makanan di Makkah, selain pernah menghantar terubuk masin sehingga ke London.
Beliau turut mengakui, sepanjang Ramadan seperti sekarang, terubuk bakar atau terubuk panggang yang cukup popular di kebanyakan bazar Ramadan di Sarawak juga sebenarnya terdiri daripada terubuk yang dibawa dari Myanmar dan India, bukannya terubuk Sarawak.
Ini kerana pembeli biasanya hanya sanggup membayar antara RM10 ke RM20 untuk seekor terubuk panggang di bazar Ramadan, sedang kos untuk mendapatkan terubuk tempatan terlalu mahal dan lebih daripada itu.
“Rahsianya ialah cara kita memproses ikan itu supaya rasanya sesedap terubuk tempatan. Jika kena ramuan dan caranya seperti untuk panggang kita letakkan garam, kunyit, serai dan minyak serta cara membakarnya juga perlu betul, rasanya pasti seenak terubuk tempatan,” katanya.
Mohd Rus Hassan, 77, yang mengusahakan perniagaan ikan terubuk masin di Pasar Satok sejak lebih 10 tahun lalu pula berkata, terubuk tempatan banyak perbezaannya dengan terubuk import, terutama muncungnya yang panjang dan besar, manakala badannya kecil dan pendek.
“Kalau nak bezakan ikan terubuk masin Sarawak dengan import, tengok sisik dulu. Sisik terubuk Sarawak hidup dan boleh dibuka walaupun sudah diproses menjadi ikan masin, berbanding sisik terubuk import yang mati dan keras. Mulut ikan terubuk Sarawak juga lebih besar berbanding terubuk import dan apa yang lebih penting rasa terubuk Sarawak jauh lebih lemak dan manis berbanding import,” katanya yang menjual purata 3,000 ekor terubuk sehari.
Seorang pekerja di gerai menjual terubuk masin, Putradi Putit, 36, berkata mereka memproses sekitar 16 kotak terubuk setiap hari biasa dan pada Sabtu dan Ahad mereka perlu memproses sehingga 22 kotak ikan terubuk sehari. Setiap kotak mengandungi antara 60 ekor hingga 75 ekor ikan mengikut saiz.
“Kami kena gunakan pisau yang cukup tajam supaya kerja menyiang ikan lebih cepat dapat dilakukan. Kalau pisau cukup tajam kami boleh menyiang sehingga lebih 100 ekor ikan dalam sejam.
“Kebanyakan pelanggan yang membeli ikan terubuk masin pula terdiri daripada penduduk dari Semenanjung yang mahu membawa pulang ikan terubuk sebagai 'ole-ole’. Kami perlu membungkusnya dengan kemas di dalam kotak supaya dapat dibawa menaiki pesawat,” katanya.
Saiz kepala, bentuk badan bezakan spesies terubuk
PERBEZAAN antara terubuk Sarawak dengan terubuk import ialah terubuk tempatan berkepala besar tetapi pendek manakala ikan import berkepala bulat dan panjang.
Pegawai Perikanan Jabatan Perikanan Malaysia, Johari Tim, berkata keistimewaan terubuk Sarawak lebih berlemak dan telurnya lebih besar.
“Perbezaan juga dapat dilihat daripada segi kesegaran. Terubuk tempatan lebih sedap kerana segar sedangkan terubuk import terpaksa dibekukan terlebih dulu,” katanya.
Pegawai penyelidik di Institut Penyelidikan Perikanan Sarawak pula, Albert Chuan, berkata terubuk import mempunyai bintik hitam di badan tetapi tiada pada terubuk sungai. Katanya, perbezaan terubuk tempatan dan import juga boleh dilihat pada harga.
“Terubuk sungai lebih mahal berbanding terubuk import. Sekali imbas memang sukar mencari perbezaan terubuk sungai dan terubuk import. Orang biasa memang selalu keliru,” katanya.
Ada dua jenis terubuk di Sarawak iaitu terubuk laut atau Tenualosa macrura yang boleh dikenali dengan fizikalnya bermulut kecil, bersaiz pendek dengan bahagian kepala lebih kecil dan badan lebih gemuk.
Terubuk sungai Tenualosa toli mempunyai muncung atau mulut lebih besar dan panjang yang juga dikenali sebagai Terubuk Sarawak di kalangan penduduk negara ini. Terubuk adalah ikan pelagic dalam keluarga Clupeidae. Penentuan jantina ikan terubuk hanya dapat dikenal pasti apabila ia menjangkau usia dua tahun dan bertelur.
Mengikut kajian Jabatan Perikanan Laut Sarawak, Tenualosa Toli mula bertelur dari bulan September hingga Oktober dan berkurangan pada bulan November. Bagaimanapun, ikan terubuk banyak memasuki sungai dari bulan April hingga bulan Oktober.
Musim ikan terubuk bermula agak lambat tetapi pendek iaitu Jun hingga Oktober bagi kawasan Batang Lupar, manakala bagi Batang Lassa pula, musimnya berpanjangan sehingga enam bulan iaitu April hingga November. Faktor ini disebabkan perpindahan terubuk berbeza antara Batang Lupar dan Batang Lassa.
Terubuk jantan boleh mencapai ukuran panjang sehingga 12.8 hingga 34 sentimeter manakala betina ialah dari 14 hingga 46.2 sentimeter dan masing-masing mempunyai purata berat 178.2 gram dan 533.9 gram.
Bagaimanapun, Sarawak berdepan masalah kepupusan ikan terubuk yang meruncing berikutan penangkapan ikan tidak terkawal oleh nelayan tempatan, menyebabkannya tidak sempat sampai tempoh matang untuk menjadi terubuk betina dan bertelur untuk meneruskan pembiakan.
Justeru, usaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk membuat kajian ke atas sperma terubuk Sarawak yang kini semakin diancam kepupusan adalah satu berita baik.
Timbalan Menterinya, Datuk Rohani Karim berkata, selepas kejayaan penyelidikan ke atas sperma ikan air tawar seperti kelah di Sungai Pahang dan temoleh di Sungai Perak, kini tumpuan akan diberikan kepada ikan terubuk di Batang Lupar, Sarawak.
Rohani berkata, ketika ini spesies ikan terubuk di negeri ini dikatakan semakin pupus akibat aktiviti penangkapan ikan terubuk yang tidak terkawal dan kaedah tradisional.

Masak Bekal
Juadah Ekspress
Oleh Alzahrin Alias
zahrin@bharian.com.my
2010/08/15
« sebelum selepas »
Pekerja syarikat MangkukTingkat.com sedia menghantar pesanan kepada pelanggan.
"Demi menghargai pelanggan kami masih mengekalkan harga biasa dan menambah sedikit manisan seperti kurma untuk mereka. Namun harga sajian dari program MangkukTingkat.com adalah berbeza setiap bulan. Harga yang ditetapkan juga mengikut harga pasaran bahan mentah dan kadar upah.: - Khairul Anuar Rahman, Pengarah Urusan MangkutTingkat.com
Bekas plastik ganti mangkuk tingkat.
MangkukTingkat.com hantar hampir 100 menu untuk pelanggan di Lembang Klang pada Ramadan
ANDA tidak sihat dan tidak larat untuk masak mahu pun keluar berbuka puasa di luar. Telefon pula sarat dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) rakan yang mahu ke rumah untuk bertemu anda. Terlintas di fikiran menu masakan kampung sebagai juadah berbuka kerana sudah muak dengan menu makanan segera. Lalu apakah pilihan anda?
Dilema inilah yang pasti dihadapi bukan saja mereka yang tidak sihat, tetapi ramai lagi warga kota yang terlalu sibuk mengejar masa sehinggakan tidak sempat menjenguk dapur memasak juadah berbuka. Ramai yang selesa bergelar generasi 'penunggu' makanan yang dihantar daripada keluar mencari makan, terutama ketika Ramadan.
Menyedari masalah itu, ada pengusaha yang menawarkan khidmat penghantaran makanan ke rumah. Sebelum ini, usaha itu lebih tertumpu kepada penghantaran mang kuk tingkat. Bagi sesetengah warga kota, mangkuk tingkat adalah penyambung kepada tradisi kehidupan dengan membekalkan makanan. Jika di India, mereka popular de ngan 'dabbawala' (orang yang menghantar kotak makan tengah hari) dan di Jepun dengan kotak makanan atau bento.
MangkukTingkat.com adalah satu organisasi yang aktif dalam perkhidmatan penghantaran makanan, selain keenakan dan kebersihan makanan yang dijamin.
Ia lazimnya menyediakan perkhidmatan membekalkan makanan tengah hari dan malam. Sajian itu disediakan pembekal yang dilantik syarikat dan dihantar ke lokasi ditetapkan tempahan pelanggan yang dibuat setiap Isnin hingga Jumaat, berikutan tiada perkhidmatan pada Ahad dan cuti umum.
Dan selaras perkembangan masa, kebersihan dan mesra alam, syarikat itu kini mengutamakan penghantaran makanan menggunakan bekas plastik yang lebih mudah dikendalikan.
Apa yang pasti, perkhidmatan MangkukTingkat.com sebeginilah sering menjadi pilihan warga kota ketika Ramadan.
Seperti diakui Pengarah Urusan MangkukTingkat.com, Khairul Anuar Rahman, kehadiran Ramadan menjadikan mereka tidak menang tangan kerana kekurangan kakitangan untuk menyediakan makanan berbanding hari biasa.
"Setakat ini kami menerima lebih 300 tempahan yang merangkumi kawasan sekitar Lembah Klang. Ketika ini, 80 peratus daripada pelanggan adalah golongan pekerja. Demi memastikan kualiti dan keenakan makanan terjaga kami juga mempunyai 20 operator yang memasak untuk MangkukTingkat.com.
"Saban hari, permintaan kian banyak. Per khidmatan kami membantu menyenangkan pelang gan dengan menghantar terus ke tangan pe langgan. Mereka hanya perlu menunggu dan kami akan hantar," katanya.
Mengenai harga, Khairul Anuar berkata, harga serendah RM11 yang ditawarkan bagi bulan ini sama seperti hari biasa malahan mereka turut menitipkan buah dan kurma secara percuma.
"Demi menghargai pelanggan kami masih mengekalkan harga biasa dan menambah sedikit manisan seperti kurma untuk mereka. Namun harga sajian program MangkukTingkat.com adalah berbeza setiap bulan. Harga yang ditetapkan juga mengikut harga pasaran bahan mentah dan kadar upah.
"Kami akan merujuk kepada beberapa sumber antaranya Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Kami juga akan sentiasa memastikan bahawa harga sajian adalah berada pada tahap yang berpatutan," katanya.
Ada hampir 100 menu yang berlainan setiap hari disediakan termasuk masak merah, rendang, kari, asam pedas, dan masak lemak.
"Pelanggan boleh memilih sama ada inginkan ayam, daging atau ikan dalam penyediaan makanan.
"Kami ada keluarkan jadual untuk pelanggan kami melihat sendiri menu yang disediakan melalui laman web. Dalam sebulan boleh dikatakan kami akan menyediakan menu yang berbeza setiap hari," katanya.
Walaupun mempunyai 20 operator yang memasak untuk setiap kawasan, MangkukTingkat.com masih berupaya mengekalkan keenakan makanan yang sama selain kuantiti makanan yang sama.
"Demi menjaga kualiti dan memastikan keenakan makanan sama setiap kawasan, kami menggunakan pes dan dihantar kepada semua operator. Dengan cara ini tidak timbul isu makanan berlainan rasa dan semua pelanggan akan berpuas hati. Ada sukatan khas untuk setiap operator seperti kuantiti nasi, potongan ayam dan ikan apa yang patut dibeli. Ini semua dipantau oleh pengurusan MangkukTingkat.com sendiri," katanya.
Apa yang menarik, mulai bulan depan, penghantaran akan dilakukan menggunakan motosikal yang mempunyai kotak khas di belakang nya. Malah setiap penghantar makanan akan memakai seragam syarikat itu.
"Dulu kami hantar menggunakan kereta dan motosikal, tetapi September nanti kami melangkah setapak lagi dengan bekerjasama de ngan sebuah syarikat penghan taran untuk mengambil makanan dari operator dan menghantar terus kepada pelanggan kami. Setakat ini kami lihat cara sebegini lebih cepat dan pelanggan juga berpuas hati," katanya.
Bekas plastik ganti mangkuk tingkat
TIADA lagi mangkuk tingkat dalam perkhidmatan penghantaran makanan MangkukTingkat.com, sebaliknya ia digantikan dengan bekas plastik yang lebih mesra pengguna selain dapat memastikan kebersihan terjaga dan kedap udara.
"Banyak faktor kami tak menggunakan mangkuk tingkat lagi kerana inginkan kebersihan terjaga kerana kami berikan bekas pakai buang. Berbanding mangkuk tingkat mereka terpaksa basuh dan kami akan ambil semula.
"Kini tidak perlu lagi dan boleh menjimatkan kos pengambilan semula mangkuk tingkat. Bekas ini diperbuat daripada plastik berkualiti tinggi dan selamat jika dimasukkan ke dalam ketuhar pemanas. Ini satu langkah untuk kami lebih ke hadapan dalam perkhidmatan penghantaran makanan.
"Jika guna mangkuk tingkat, banyak tempat kita tak boleh masuk kerana ada penggera pengesan logam. Selain itu juga kami menanggung kerugian kerana ada yang tidak pulangkan semula mangkuk tingkat kami," katanya.
Bercerita lebih lanjut me ngenai penubuhan asal syarikat itu, Khairul berkata, program ini berdasarkan kejayaan 'dabbawala' di Mumbai, tetapi disesuaikan dengan keadaan di negara ini dan apa yang membezakan adalah mangkuk tingkat di Malaysia adalah versi teknologi alam maya.
Ia pada mulanya ditadbir oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah dan memberi peluang kepada ibu tunggal menambah pendapatan dengan menjadi operator kepada program ini dan hasil keuntungan akan disalurkan kepada anak yatim dan kurang bernasib baik. Program ini selaras kedudukan Yayasan Pembangunan Nur Hikmah sebagai penaung kepada lebih 200 anak yatim, miskin dan terbiar di enam pusat jagaan seluruh Malaysia.
Selain ibu tunggal, waris yang menjaga anak yatim mempunyai tanggungan masing-masing dan menyertai program ini sebagai pembekal makanan meringankan beban kewangan mereka.
"Memang dulu masa mula-mula Yayasan Pembangunan Nur Hikmah yang uruskan, tetapi kini tidak lagi. Mereka masih berada di belakang kami, cuma MangkukTngkat.com sudah berdiri sendiri dan mempunyai pengurusan sendiri.
"Operator kami juga tidak lagi hanya terdiri daripada ibu tunggal malahan kami membuka peluang kepada semua yang ingin menambah pendapatan sebagai operator atau lebih mesra kami gelar rakan niaga.
"Buat masa ini kami masih me nerima beratus-ratus permohonan untuk menjadi ope rator atau rakan niaga kami. Bukan saja di Lembah Klang malahan di luar se perti Johor, Perak, Melaka dan sebagai nya. Cuma kami ingin menumpukan dulu di sekitar Lembah Klang.
"Kami mempunyai pe rancangan untuk luaskan ke seluruh negara dan apa yang kami sentiasa hajati adalah untuk menjadikan perniagaan ini sebagai francais. Dengan itu perniagaan sebegini akan lebih besar selain membantu menaikkan taraf kewangan semua," katanya.
Thursday, October 21, 2010
Kupas Nanas
Pengupas nanas automatik
Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my
Ciptaan mesin mengupas nanas secara automatik dijangka memberi impak kepada industri tanaman nanas.
Hanya pengambil masa kurang daripada 10 saat anda sudah boleh menikmati keenakan isi nanas siap di potong kecil. Mudah bukan, malah anda tidak perlu lagi terkial-kial serta membuang masa untuk membuang kulit buah tersebut dengan menggunakan pisau.
Mesin pengupas nanas automatik dicipta khas oleh Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Batu Pahat adalah untuk kegunaan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS).
Selain itu, ia juga sesuai untuk kegunaan syarikat yang mengusahakan makanan berasaskan nanas selain hotel serta pasar raya besar.
Menurut Penolong Pegawai Latihan Vokasional ADTEC, Asziman Sukran, mesin tersebut berfungsi menggunakan kuasa pneumatik yang direka khas menggunakan kaedah terbaru.
"Keberkesanan mesin tersebut telah terbukti berupaya untuk memperbaiki dan mempercepatkan proses mengupas nanas.
"Apabila proses tersebut boleh dipercepatkan maka kos buruh juga secara automatik turut berkurangan," ujarnya ketika ditemui pada pameran Pertandingan Inovasi sempenan Karnival Malaysia Inovatif 2010 (MI 2010) bagi Zon Selatan di Batu Pahat, Johor baru-baru ini.
Tambah beliau, sebanyak empat tan nanas dapat dikupas dengan mudah dalam masa sehari bagi setiap mesin yang dihasilkan.
Ini kerana mesin tersebut amat mudah untuk dikendalikan dan sesuai untuk semua jenis golongan serta peringkat usia.
Mesin tersebut mampu mengupas dan mengasingkan empulur nanas pada masa yang sama dan proses pengupasan tersebut hanya memerlukan seorang sahaja pengendali.
Ia juga mudah untuk dibersihkan, tidak memerlukan pengendali yang begitu mahir malah boleh melaksanakan proses pengupasan secara berterusan.
Kepantasan proses mengupas nanas menggunakan mesin tersebut adalah pada kadar 300 biji bagi sejam berbanding 60 biji sejam jika dikendalikan secara manual.
Jelas Asziman, sehingga kini terdapat tiga spesifikasi mesin pengupas nanas automatik telah dipasarkan dan harga bagi sebuah mesin bergantung kepada spesifikasi yang dikehendaki pengusaha.
Bagi pengusaha makanan berasaskan nanas yang berminat untuk mendapatkan mesin tersebut, tempahan boleh dibuat melalui Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM
Inkubator
ARKIB : 18/10/2010
Cipta sendiri inkubator untuk penetasan
Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my
Gambar ABDUL NAZIR MOHAMED
MOHD. Azhar menunjukkan telur-telur itik yang dieram menggunakan inkubator ciptaannya.
MENYELUSURI laluan kawasan sawah padi menghijau di Kampung Kuar, Mukim Tajar, Alor Setar, Kedah, pandangan pasti tertumpu kepada sebuah rumah kampung yang dikelilingi banyak haiwan seperti itik, angsa dan beberapa spesies ayam unik.
Kelihatan persis taman haiwan. Namun lokasi tersebut sebenarnya merupakan pusat penternakan dan pengeluaran produk berasaskan itik yang mengetengahkan konsep reban terbuka.
Menurut pengusahanya, Mohd. Azhar Muthalib, 29, perusahaan itu diwarisi daripada ayah mertuanya yang telah memulakan projek penternakan itik sejak tahun 1985.
''Ketika itu, ayah mertua saya hanya menternak itik secara kecil-kecilan sebagai sumber makanan untuk keluarga.
''Melihat sambutan menggalakkan daging itik di pasaran, pada tahun 2004 saya cuba menjalankan beberapa kajian dan tinjauan mengenai potensi perniagaan haiwan ternakan ini.
''Dengan tiada pengalaman dalam aktiviti penternakan itik, saya mengambil risiko berhenti kerja sebagai konsultan bank dan perlahan-lahan mempelajari teknik pemeliharaan itik daripada ayah mertua saya,'' katanya ketika di temui di rumahnya di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.
Beliau yang merupakan graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam pengajian Ijazah Perniagaan pada mulanya hanya bertindak membantu ayah mertuanya dalam urusan pemasaran daging itik.
Pada peringkat awal pengkomersialan perniagaannya, hanya terdapat kira-kira 600 hingga 700 ekor itik yang dipelihara di kawasan sekitar rumahnya seluas satu ekar.
Sehingga pada tahun 2007, Mohd. Azhar membuat pinjaman modal sebanyak RM20,000 daripada Agrobank untuk memperkembangkan projek ternakan itiknya.
Antara jenis itik yang dipelihara adalah daripada spesies Moscovi untuk pengeluaran daging, itik telur dan juga angsa daripada jenis Chamble.
Kini, perusahaannya telah mempunyai lebih 2,000 ekor itik dan angsa termasuk beberapa spesies induk untuk tujuan pembiakbakaan.
Bercerita mengenai proses pembiakan, Azhar memberitahu, dia ada mencipta sendiri kotak inkubator untuk memudahkan proses penetasan telur itik.
Binaan kotak tersebut mempunyai termometer untuk tujuan kawalan suhu sementara mentol lampu dan air berfungsi memberi kesan kepanasan dan kelembapan lebih sekata.
Kotak tersebut turut dijual kepada mereka yang berminat dengan tawaran harga RM350 seunit.
Untuk menggunakan kotak inkubator itu, telur-telur yang telah dikenal pasti mempunyai baka bersesuaian akan dipilih dan dimasukkan ke dalamnya.
Telur-telur itu kemudian dibiarkan di dalam kotak berkenaan dengan kawalan rapi sehingga menetaskan anak itik.
Telur yang didapati tidak mempunyai baka pula akan diguna untuk menghasilkan telur masin.
Dalam memastikan reban itiknya sentiasa kekal bersih dan tidak berbau, setiap hari Mohd. Azhar akan menyembur campuran ubat khas di kawasan persekitarannya.
Malah, dia juga ada menyertai kursus-kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
Ia merupakan sebahagian daripada usahanya untuk menambah pengetahuan mengenai teknik penternakan itik dan sebagai persediaan menghadapi sebarang masalah dalam operasi penternakannya.
'Dari segi pasaran, itik-itik yang diternak ini biasanya boleh dijual selepas melepasi tahap matang iaitu berusia sekitar 80 hari atau apabila beratnya sudah mencecah lima kilogram (kg) untuk itik jantan dan tiga kg untuk itik betina
'' Bagi itik hidup, ia dijual pada harga pasaran RM7.80 sekilogram sementara yang telah diproses, harganya boleh mencecah antara RM12 hingga RM14 sekilogram,'' jelas bapa kepada seorang anak itu.
Mohd. Azhar memberitahu, itik-itiknya menerima permintaan tinggi daripada restoran-restoran di sekitar kawasan rumahnya selain dibeli oleh penduduk-penduduk kampung.
Suri
ARKIB : 18/10/2010
Lessfly - Inovasi dari dapur
Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my
NOR Rahan Mokhtar bersama suami dan anak-anak di samping ciptaannya Lessfly yang memenangi Pertandingan Inovasi Karnival MI2010 di Batu Pahat, Johor, baru-baru ini.
Biarpun hanya bergelar seorang suri rumah, namun ia tidak menghalang seseorang itu meluahkan daya kreativiti dalam mereka cipta sesuatu yang amat berguna.
Malah siapa menyangka rekaan yang pada peringkat awalnya hanya untuk kegunaan sendiri mampu memberi keuntungan serta membawa tuah.
Berbekalkan rekaan papan pengalas boleh laras untuk memotong atau menyiang bahan mentah seperti daging, ikan, buah-buahan dan sayur yang mampu menghalang lalat, Nor Rahan Mokhtar, 45, berjaya membawa pulang wang tunai RM3,000.
Ia ekoran dia telah dinobatkan sebagai pemenang Pertandingan Inovasi Karnival Malaysia Inovatif (MI 2010) Zon Selatan bagi Kategori Wanita di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor baru-baru ini.
Nor Rahan yang merupakan suri rumah sepenuh masa berkata, sebelum ini dia tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan.
Malah katanya, rekaan tersebut pada asalnya bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja seharian di dapur.
Jelas Nor Rahan yang menetap di Pontian, ciptaan itu dihasilkan setelah tidak tahan dihurung lalat ketika memotong atau menyiang ikan dan daging di dapur.
"Saya selalu berada di rumah dan sering dihurung oleh lalat ketika menyiang bahan mentah maka saya reka Lessfly ini bagi mengatasi masalah tersebut.
"Siapa sangka rekaan semudah ini mampu memasuki pertandingan sekali gus menang," ujarnya.
Lessfly direka berdasarkan gabungan papan pemotong bahan mentah bersama meja pertukangan yang boleh dilaras.
Bagi mengelakkan sisa dan bahan mentah terdedah di atas papan pemotong dia menambah dua bekas bagi mengisi sisa dan bahan mentah yang telah disiang.
Dua bekas tersebut diletakkan di kiri dan kanan meja manakala papan pemotong yang boleh dilaras tersebut bertindak sebagai penutup kedua-dua bekas itu.
Menurutnya, bekas simpanan yang sentiasa tertutup itu tidak memberi ruang kepada kehadiran lalat.
Ketika ditanya adakah dia akan mengkomersialkan ciptaannya, Nor Rahan mengharapkan ada pihak yang berminat untuk tujuan tersebut memandangkan dia tidak bekerja dan tidak mempunyai modal.
Beliau juga harap rekaannya itu dapat dijual dengan harga yang berpatutan supaya dapat dimanfaatkan oleh suri rumah lain sepertinya.
Wednesday, October 20, 2010
Barang Antik
Zikri kumpul aneka barang antik
Oleh SHAH NIZAM OMAR
shahnizam.omar@kosmo.com.my
SENAPANG lama dan meriam adalah tarikan utama dalam koleksi peribadi Antiques House Sdn. Bhd.
ADA orang berpendapat, hobi mengumpul barang-barang antik dan purba merupakan satu aktiviti yang mahal dan memerlukan kos tinggi.
Namun, jika ada minat yang mendalam, wang ringgit bukanlah segala-galanya kerana kepuasan memiliki barang-barang itu menjadi keutamaan pengumpulnya.
Bagi pemilik Banyan Antiques House Sdn. Bhd., Dr. Zikri Abd. Ghani, minat mengumpul barang-barang antik dan purba telah dimulakannya sejak kecil. Dia kini mempunyai kira-kira 1,000 jenis barangan pelbagai rupa dan bentuk serta masing-masing mempunyai kisah tersendiri.
“Dalam galeri saya yang dibuka sejak 27 tahun dulu ini, 1,001 macam barang-barang telah saya kumpulkan seperti keris, lembing, tombak, senapang dan barang-barang hiasan tembaga termasuk kendi, tepak sirih dan buyung.
“Kesemua barang-barang yang dipamerkan dalam simpanan saya telah dilesenkan oleh Jabatan Warisan Negara,” katanya.
Zikri menambah, barang-barang yang tersimpan rapi di rumahnya itu didapatkan bukan sahaja dari dalam negara malah dari luar negara.
MANUSKRIP lama hasil tulisan para ulama lama dan ilmuwan Islam kini menjadi barangan kesayangan Zikri.
“Porselin atau tembikar tanah liat dibeli daripada negara China manakala barang-barang lain didapatkan di dalam negara,” jelasnya.
Menyentuh tentang harga, Zikri mengakui pernah membelanjakan antara RM80,000 hingga RM100,000 untuk membeli koleksi meriam.
“Ia adalah barang termahal yang terdapat dalam simpanan saya kerana ia tinggalan Portugis, Belanda dan British.
“Saya ada lebih kurang 20 pucuk meriam. Sebelum ini saya ada 30 pucuk namun ada di antaranya telah saya jual,” katanya.
Bapa kepada tiga orang anak itu berkata, dia kini sedang sibuk mengumpul manuskrip lama berusia 120 hingga 220 tahun yang pernah digunakan oleh ulama dari zaman Al-Marhum Sultan Ahmad Tajudin Halim Shah II iaitu dalam tempoh tahun 1797 hingga 1843 sehinggalah zaman pemerintahan Al-marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882 hingga 1943).
Menurutnya, manuskrip yang dikumpul sejak 25 tahun dahulu itu mempunyai 75 naskhah yang terdiri daripada kitab ajaran agama tulisan jawi berbahasa Arab dan Melayu.
Kajian ilmuwan Islam
“Ada yang dikarang dalam bentuk hikayat dan syair. Ia terbahagi kepada kitab-kitab pengajian tasauf, fiqah dan hadis nabi yang merangkumi pengajian perubatan Islam, kajian bulan bintang, pengurusan dan pentadbiran kaedah Islam.
“Dahulu, saya ada menjualnya tapi kini saya mahu simpan dan hanya akan jual kepada pihak tertentu seperti muzium kerana tidak mahu khazanah ini hilang begitu saja sekiranya dibeli oleh orang perseorangan,” katanya yang memperoleh manuskrip itu dari Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan.
SETIAP barangan senjata yang dimiliki Zikri pasti mempunyai kisah tersendiri.
Buat masa ini, beliau menyimpan manuskrip peninggalan ulama-ulama besar terdahulu seperti Tuan Haji Wan Hussein Al-Banjari tahun 1870, Tuan Haji Ishak Pondok Pulau Pisang, Kubang Pasu (1844), Syeikh Daud Al-Fatani (1830) Syed Harun Arau (1815), Hamzah Fansuri, Syeikh Abdul Samad Al-Palembangi, Nuruddin Al-Rariri, Syeikh Mahyudin Abd. Kadir dan Syeikh Abdul Rahman.
Ekoran minat yang begitu mendalam dalam mengumpul barang-barang antik dan purba itu, nama beliau pernah terpahat dalam Malaysia Book of Records sebanyak dua kali iaitu tahun 2004 dan 2006 iaitu sebagai pengumpul meriam individu dan pengumpul pistol dan senapang terbanyak di Malaysia.
"Dalam rekod itu, saya dicatatkan sebagai penyimpan 30 pucuk meriam, 12 pucuk pistol dan 18 pucuk senapang yang menggunakan serbuk belerang," katanya.
Orang ramai yang berminat untuk melihat koleksi barang antik dan purba miliknya, boleh datang sendiri ke Lot-T6, Tingkat Satu, Wisma PKNK, Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar atau telefon di talian 04-731 4708.
Tuesday, October 19, 2010
Madu Asli
Abdul Jamil tidak serik digigit lebah tualang
ABDUL Jamil Mohd. Yassin memegang botol yang berisi madu lebah untuk dijual di Taman Negara Kuala Tahan dan bandar Jerantut.
JERANTUT 18 Okt. – Ketika masyarakat semakin menitikberatkan kesihatan, keperluan makanan tambahan yang seimbang dan selamat adalah amat penting.
Bagi mengelakkan berlaku kemudaratan ketika mengambil makanan tambahan, ia perlu berasaskan daripada herba atau manisan serangga.
Oleh itu, madu lebah merupakan antara makanan tambahan yang tepat bagi mengekalkan kesihatan berikutan khasiatnya yang tidak ternilai.
Dari perspektif Islam, penggunaan madu lebah sangat masyhur dan bertepatan dengan firman Allah dalam ayat 68 hingga 69, surah An-Nahl yang bermaksud: Madu penyembuh segala penyakit manusia dan al-Quran penyembuh segala penyakit hati.
Menyedari hakikat itu, seorang penduduk Kampung Pengau, Abdul Jamil Mohd. Yassin, 54, masih gigih mencari madu lebah untuk menampung pendapatan keluarganya.
Lazimnya, dia mencari madu lebah asli di hutan Hulu Tembeling dekat sini kerana koloni serangga itu gemar bersarang di puncak pokok tualang di hutan itu.
Menurutnya, lebah tualang menghasilkan madu bermutu tinggi dan berkhasiat berbanding lebah lalat atau yang diternak.
‘‘Kesukaran mendapat madu lebah ini kerana ia berada di puncak pokok tualang tetapi harga manisannya amat tinggi di pasaran sehingga mencecah RM80 sekilogram.
‘‘Khasiat madu lebah tualang bukan diukur kepada kesukaran untuk memperolehnya tetapi manisan serangga ini yang terdiri daripada campuran pelbagai manisan bunga- bungaan hutan yang sesuai bagi tujuan perubatan tradisional,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Kampung Pengau.
Menceritakan kaedah memperoleh madu tualang, bapa kepada enam anak itu memberitahu, dia bersama beberapa penduduk terpaksa masuk ke Hutan Simpanan Hulu Pengau untuk meninjau kedudukan sarang lebah di puncak pokok tualang.
‘‘Kerja memasang tali rotan dan persiapan peralatan mengambil madu ini dilaksanakan pada waktu siang sebelum kerja memanjat pokok dan mengambil madu diteruskan pada waktu malam.
‘‘Kami memasang tali di pokok berdekatan dan disambung ke batang pokok tualang bagi memudahkan rakan yang ditugaskan memanjat, bergayut dan menyeberangi menghampiri sarang lebah pada waktu malam,” katanya.
Menurutnya, kerja memasang tali dan peralatan tertentu perlu dilakukan dengan teliti serta kemas untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Abdul Jamil yang berpengalaman mencari madu lebah hampir 30 tahun berkata, kerja memanjat dan mengambil madu di sarang dilaksanakan oleh seorang yang mahir khususnya ketika memanjat batang, meniti dahan dan tahan sakit daripada gigitan serangga berkenaan.
‘‘Kebiasaannya, kita mula masuk ke hutan mulai pukul 11 malam dan memanjat pokok tualang pada pukul 1 pagi. Cuma unggun api dipasang di bawah pokok bagi memerangkap serangga berkenaan.
‘‘Jika bulan terang, kerja mencari madu tidak dapat dilakukan manakala gangguan cahaya lampu juga menyukarkan usaha mengambil madu kerana lebah amat sensitif,” katanya.
Menurutnya, kerja memanjat dan mengambil madu adalah tugas berbahaya kerana kesilapan boleh mengundang padah atau maut jika terjatuh dari pokok.
‘‘Setakat ini, kami belum pernah mengalami kemalangan, cuma luka tergelincir dan tubuh badan bengkak digigit lebah merupakan asam garam bagi pencari madu,” katanya.
Dia berkata, sebatang pokok tualang biasanya terdapat antara tiga hingga lima sarang lebah berukuran hampir dua meter panjang dan semeter lebar.
‘‘Jika banyak sarang ditemui, pendapatan kami berbaloi apabila memperoleh madu yang matang dan memenuhi tiga tin minyak masak untuk dibawa pulang,” katanya.
roselle
‘Pokok emas’ jana pendapatan lumayan
Oleh ZAMZURINA AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my
Maznah Mazlan dan Zainuddin Wan Yusof menunjukkan dua jenis produk daripada roselle yang diusahakan oleh penduduk Kampung Tebu Hitam, Rompin, kelmarin.
ROMPIN 18 Okt. – Tanaman roselle yang dikatakan berasal dari India kini tidak asing lagi bagi masyarakat negara ini. Tanaman tersebut bukan sahaja berkhasiat malah mampu menjana pendapatan lumayan kepada pengusahanya.
Ada ketikanya buah roselle yang kaya dengan vitamin C, B1, B2 dan D dianggap sebagai ‘pokok emas’ kerana setiap bahagiannya mempunyai keistimewaan tertentu.
Keistimewaan yang dimaksudkan ialah bermula daripada buah, daun hinggalah ke batang pokok berkenaan yang boleh dijadikan sajian atau untuk tujuan perubatan tradisional.
Malah, roselle atau nama tempatannya seperti asam paya, asam kumbang atau asam susur merupakan spesies bunga seperti bunga raya yang mudah ditanam dan mengeluarkan hasil selepas 65 hari ditanam.
Oleh itu, tidak hairanlah apabila kira-kira 22 penduduk di Kampung Tebu Hitam di sini mengambil inisiatif mengusahakan tanaman tersebut.
Menurut salah seorang pengusaha roselle, Mohd. Don Bakar, 68, tanaman itu mudah dijaga dan bernilai tinggi jika dibandingkan dengan sayur-sayuran lain.
‘‘Sejak saya mengusahakan roselle tiga tahun lalu, banyak perbezaan yang dialami dan kerja-kerja penanaman juga lebih mudah. Jika dibandingkan dengan sayur-sayuran, tanaman roselle mudah diusahakan dan tidak memerlukan kos yang tinggi.
‘‘Malah, ia tidak mudah diserang penyakit seperti tanaman yang lain,” katanya ketika ditemui selepas majlis menandatangani perjanjian jual beli antara Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan peserta ladang kontrak di Kampung Tebu Hitam di sini, baru-baru ini.
Majlis tersebut turut disaksikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan.
Turut hadir Timbalan Pengarah FAMA negeri (Pengurusan), Norazmin Fithri Abdul Aziz; Pegawai FAMA Daerah, Zainuddin Wan Yusof dan Penolong Pegawai Pertanian Daerah, Shaharudin Ramli.
Mohd. Don memberitahu, dia memilih untuk mengusahakan tanaman tersebut setelah diperkenalkan oleh seorang rakannya beberapa tahun lalu.
‘‘Sebelum ini saya mengusahakan sayur-sayuran tetapi setelah melihat potensi pendapatan yang begitu memberangsangkan maka saya mengambil keputusan untuk terus mengusahakannya.
‘‘Kerja-kerja penanaman begitu mudah apabila mendapat kerjasama dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) terutama untuk mendapatkan benih,” jelasnya.
Bagi Arman Abu, 34, sejak tanaman itu diusahakan oleh beberapa penduduk kampungnya, dia mengambil peluang menjual buah roselle dan beberapa jenis makanan berasaskan roselle.
‘‘Saya cukup gembira apabila tanaman ini diperkenalkan di sini kerana dapat menjana pendapatan harian saya.
‘‘Selain menjual buah roselle yang diperoleh dari ladang penduduk di sini, saya turut mempelbagaikannya dengan menghasilkan jem, jus minuman, biskut, kek, puding dan acar.
‘‘Apa yang saya perhatikan ialah minuman roselle kini mula menarik perhatian penduduk sekitar,” jelasnya.
Apa yang boleh dibanggakan kata Arman, ialah tanaman roselle di kawasan tersebut mula menarik perhatian Jabatan Pertanian negeri termasuk FAMA.
Sementara itu, Maznah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah berkata, pihaknya bercadang menjadikan kawasan berkenaan sebagai kawasan pengeluaran roselle dengan menyediakan tanah seluas 60 hektar untuk penanamannya.
‘‘Pada masa ini tanaman ini diusahakan di kawasan seluas enam hektar sahaja dengan pengeluaran kira-kira 400 kilogram sebulan.
‘‘Oleh itu, saya akan berusaha dan berbincang dengan Jabatan Pertanian untuk mengisytiharkan kawasan ini sebagai kawasan pengeluaran roselle,” katanya.
Maznah berkata, tanaman roselle mempunyai potensi yang cerah untuk dimajukan apabila ia turut dieksport ke Australia.
‘‘Selain itu, ia mendapat permintaan yang begitu tinggi daripada orang ramai di negara ini,” tambahnya.
Tuesday, October 12, 2010
Nanas
ARKIB : 11/10/2010
Bekas exco usahawan nanas
Oleh: ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my
ABDUL Fatah menunjukkan buah nanas yang baru dipetik sedia dijual kepada peraih.
SAYA pernah gagal dan ditipu ketika mula-mula menceburi bidang pertanian. “Namun, semua itu saya jadikan sebagai pengajaran serta pengalaman berguna untuk terus berjaya didalam bidang ini,” ujar Datuk Abdul Fatah Iskandar ketika ditemui di ladang nanasnya di Kuala Selangor.
Bagi yang mengenalinya, Abdul Fatah bukanlah orang asing di kalangan masyarakat kerana beliau merupakan bekas ahli politik suatu ketika dahulu.
Abdul Fatah merupakan bekas ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sijangkang, Kuala Langat, Selangor.
Beliau pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri Selangor dan juga merupakan pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam.
Dari 1998-2008 beliau menjadi Ketua Bahagian UMNO Kuala Langat dan kini tidak lagi bertanding dalam pemilihan UMNO Kuala Langat mulai Oktober 2008.
Bagaimanapun, populariti beliau dahulu tidak pernah dijadikan ‘modal’ untuk berjaya dalam sektor baru yang diceburinya kini.
Berdasarkan kecenderungan serta minat yang mendalam terhadap sektor pertanian, beliau nekad untuk bertani seterusnya kini beliau mampu bergelar usahawan tani.
Keputusan meninggalkan keselesaan kerusi empuk serta sejuknya udara yang dihembus alat penghawa dingin tidak sedikit pun dikesali beliau.
Malah beliau merasakan tindakan tersebut telah terlambat kerana baru menyedari potensi bidang pertanian yang amat menguntungkan.
Menceritakan semula detik permulaan di dalam sektor pertanian, Abdul Fatah bermula secara kecil-kecilan dengan mengusahakan tanaman serai.
“Pada mulanya saya sendiri tidak yakin bahawa serai boleh ditanam di kawasan paya gambut.
“Tetapi ada seorang hamba Allah ini bersungguh-sungguh menyakinkan saya bahawa serai boleh ditanam di kawasan tersebut akhirnya saya bersetuju mengusahakannya,” jelas beliau.
Namun, percaturan mempertaruhkan tanaman serai nyata terpesong jauh kerana tanaman tersebut tidak mampu hidup dengan baik.
Justeru beliau mengalami kerugian, namun nasib beliau amat baik kerana beberapa orang tempatan telah mencadangkan kepadanya untuk menanam nanas pula.
“Pada peringkat awal saya juga agak risau, takut-takut jika pekara yang sama berulang semula.
“Lalu saya dapatkan nasihat dari mereka yang berpengalaman serta mengkaji sendiri cara terbaik untuk mengusahakan tanaman nanas tersebut,” katanya.
Berbekalkan sebidang tanah seluas tiga ekar, Abdul Fatah memulakan tanaman nanas secara kecil-kecilan sebagai percubaan.
Setelah melihat tanaman tersebut subur serta menyakinkan untuk ditanam secara besar-besaran, beliau beralih kepada ladang kelapa sawitnya seluas sembilan ekar.
Pokok kelapa sawit milik beliau pada waktu itu adalah pada peringkat awal penanaman, justeru bagi mendapatkan hasil memerlukan masa yang panjang.
Justeru beliau mengambil keputusan untuk melakukan tanaman secara integrasi iaitu dengan tanaman nanas.
" Pada peringkat awal saya hanya ingin menanam kelapa sawit sahaja, tetapi memandangkan masih terdapat ruang kosong saya mula memikirkan untuk menanam tanaman kontan yang lain,” ujarnya.
Bermula setahun yang lalu, kini tanaman nenas beliau telah membuahkan hasil dan kini ladangnya sedang dalam proses penuaian.
Terdapat tiga jenis baka nanas yang ditanam oleh beliau iaitu Yanke (Selangor Sweet), Josaphine serta Morris.
Bagi setiap seekar tanah, beliau mampu memuatkan tujuh hingga lapan ribu pokok nanas dalam satu-satu masa.
Malah jika tanpa diintegrasikan ia boleh memuatkan 12 hingga 14 ribu pokok di dalam satu-satu masa.
Menurutnya, bagi pasaran sekitar Kuala Selangor, nanas jenis Yanke mendapat permintaan utama malah harganya juga agak mahal, sekitar empat hingga lima ringgit.
Manakala bagi nanas baka Morris atau Josaphine boleh dijual dengan harga serendah seringgit sebiji.
Jelas Abdul Fatah, nanasnya akan diambil peraih justeru beliau tidak perlu memikirkan jalan untuk memasarkannya.
Malah stok nanas yang sedia ada miliknya tidak pernah mencukupi untuk menampung permintaan walau hanya di sekitar Kuala Selangor.
“Nanas dari jenis Yanke amat diminati, yang sedia ada sekarang pun telah ditempah oleh peraih walaupun masih belum memasuki musim menuai,” katanya.
Beliau juga banyak mendapat bantuan dari segi khidmat nasihat daripada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dari segi penyediaan tanaman, penggunaan hormon pembuahan, serta penjagaan tanaman nanas sehingga ia mengeluarkan hasil.
Monday, October 11, 2010
1Keluarga 1Perniagaan
1 Keluarga 1 Perniagaan
Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri
kartika@hmetro.com.my
2010/10/11
KOPERASI Pendidikan Usahawan Internet Selangor Berhad (KPUISB, koperasi usahawan Internet pertama di negara ini menawarkan peluang perniagaan Internet kepada orang ramai terutama usahawan baru walaupun tanpa sebarang produk melalui Seminar Usahawan Internet.
Pengerusi Eksekutifnya, Nizam Mukhtar, berkata melalui seminar itu, pihaknya akan mendedahkan rahsia bagaimana menjana perolehan 100 peratus melalui Internet melalui cara sah dan mematuhi undang-undang.
Beliau berkata, biarpun tanpa pengetahuan teknikal, orang ramai masih boleh menggunakan Internet untuk menjadi usahawan berjaya, malah pihaknya menyediakan tempat terhad untuk mengikuti seminar berkenaan secara percuma.
“Koperasi ini adalah Koperasi Usahawan Internet yang pertama memperkenalkan konsep Satu Keluarga Satu Perniagaan iaitu walaupun tanpa modal besar, tetapi seseorang itu masih tetap boleh menjadi usahawan yang menjana pendapatan lumayan.
“Kami juga menyasar untuk menjadi pusat sehenti dan peneraju khidmat sokongan kepada usahawan Internet seluruh negara dengan mengadakan program jelajah bagi memberi peluang kepada bakal usahawan di luar bandar memperoleh manfaat,” katanya kepada Bisnes Metro.
Beliau berkata, terbaru pihaknya memperkenalkan Puteri.Biz iaitu platform kepada orang ramai membina kedai secara dalam talian dengan percuma. “Mereka yang sudah mengikuti seminar perlu terus mempraktikkan ilmu diajar kerana mereka bukan saja dibantu dari segi teknikal, malah boleh menghubungi KPUISB bila-bila masa jika ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan,” katanya.
Maklumat lanjut boleh diperoleh di www.seminarusahawaninternet.com atau www.koperasiusahawaninternet.com.

Subscribe to:
Posts (Atom)