Bisnes Online beri pendapatan lumayan
20 Mac 2013
Atas dasar ingin berkongsi ilmu baru yang saya rasa “ruginya jika orang lain tidak tahu”, saya memulakan langkah menyampaikan ilmu yang saya ada sedikit demi sedikit melalui forum di internet. Bukan mudah untuk membina kepercayaan orang kepada kita secara online. Tapi saya berpegang kepada prinsip “dapat sedikit kongsi sedikit, tak perlu tunggu kaya dan berjaya baru nak kongsi."
Tidak sangka pula saya semakin dikenali apabila banyak berkongsi ilmu dan kredibiliti terbina dengan sendirinya apabila pelanggan-pelanggan saya menyatakan kepuasan mereka berurusan dengan saya. Ini kerana saya bukan menjual produk semata-mata tetapi berkongsi ilmu dengan mereka di samping memberi rundingan dan bimbingan percuma, kebanyakannya hanya secara online.
Daripada Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda maksudnya: "Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain."
Saya memilih syarikat emas Goldcrest Pavilion (GCP) sebagai platform untuk saya menjalankan perniagaan emas kerana GCP telah empat tahun bertapak dengan sistem yang sangat menguntungkan pengedar, bantuan modal 100% disediakan, servis yang pantas dan mesra serta pelbagai keistimewaan yang lain. Para pengedar juga mendapat peluang belajar tentang ilmu emas dan bisnes dengan CEO GCP sendiri iaitu jutawan emas Shamsul Anuar Md Ali.
Bagaimana saya memasarkan produk emas GCP?
Saya mengamalkan empat strategi Rasulullah berniaga dalam menjalankan bisnes emas secara online iaitu:
1. Siddiq - berkata benar, jangan menipu dan sentiasa jujur kerana hanya dengan sikap ini kita akan dipercayai
2. Amanah – apabila kita amanah, kita mudah diberi peluang oleh orang lain
3. Tabligh – menyampaikan ilmu yang kita miliki kepada orang lain
4. Fatonah - sentiasa berusaha meningkatkan kebijaksanaan dan ilmu pengetahuan dengan belajar pelbagai kemahiran yang berkaitan dengan bersungguh-sungguh.
Ramai yang tidak percaya saya tinggal di sebuah kampung sahaja dan menjalankan bisnes internet dari rumah di samping tugas hakiki sebagai seorang guru. Bagi saya tiada apa yang mustahil selagi anda mempunyai sebuah netbook dan talian internet. Ilmu dan informasi di hujung jari dan pasaran yang luas di alam maya menyebabkan lebih mudah untuk kita menjalankan perniagaan online. Laman sosial seperti Facebook dan blog banyak membantu saya dalam menjalankan bisnes online dan menjana pendapatan empat angka sebulan.
Saya kongsikan 10 tip atau Kunci Kejayaan Bisnes Emas melalui Internet:
1. Bina kredibiliti dan jual diri bukan jual produk. Apabila orang suka dengan kita, mereka akan membeli produk kita.
2. Berkongsi ilmu tanpa syarat dan ikhlaskan hati. Banyakkan memberi dan berkongsi tanpa jemu dan lihat sendiri hasilnya.
3. Jika ingin berkongsi ilmu atau sesuatu idea di internet, pastikan anda berkongsi dari hati, barulah ilmu itu akan sampai kepada mereka yang membaca.
4. Banyakkan bercerita pengalaman sendiri atau orang lain kerana lumrah manusia mereka suka mendengar atau membaca cerita orang lain.
5. Sentiasa mencari kelainan dan mengikuti perkembangan semasa dan keadaan, contohnya apabila gaji, saya akan banyak berkongsi tentang tip pengurusan gaji dan bagaimana memulakan simpanan emas.
6. Pelbagaikan bentuk penyampaian dalam bentuk teks, animasi, cerita santai, dialog, gambar dan video.
7. Memahami keperluan pembeli dan masalah yang dihadapi mereka membantu kita dalam menentukan apa informasi yang boleh kita kongsikan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
8. Membina hubungan dan ukhwah dengan pelanggan.
9. Meletakkan testimonial dan pengakuan dari pelanggan yang berpuas hati dengan produk dan servis kita sebagai bukti kita adalah penjual yang dipercayai dan disukai dalam urusan online.
10. Konsisten dalam bisnes yang dijalankan, jangan sekejap muncul dan sekejap hilang.
Perniagaan emas secara online semakin mendapat tempat apabila pengedar emas yang sah bagi sesuatu syarikat semakin banyak mempromosikan bisnes ini di internet sama ada melalui blog mahupun Facebook. Jarang sekali kedengaran kes penipuan melibatkan pengedar emas sesebuah syarikat, yang sering terjadi ialah penipuan yang melibatkan mereka yang tidak terikat dengan mana-mana syarikat. Di sinilah terletak kelebihan seseorang yang mendaftar sebagai pengedar sesebuah syarikat.
Sejak menjadi pengedar GCP, saya berpeluang membimbing lebih kurang 300 orang pengedar dari seluruh negara termasuk luar negara dimana 90% dari mereka tidak pernah saya jumpa!
Dan, rata-rata pelanggan saya juga berurusan dengan saya secara online dan tak pernah bersemuka, sebaliknya berkomunikasi secara online dan sesekali ada urusan yang dilakukan menerusi telefon. Kebanyakan pelanggan online ini suka berurusan dengan saya kerana saya selalu ada di alam maya, mudah dihubungi, cepat membalas mesej mereka, menawarkan harga terbaik, jaminan penghantaran, jaminan belian balik tertinggi dan rundingan percuma di samping berpeluang menambah ilmu apabila menjadi rakan di Facebook.
Apabila ingin berjaya dalam bisnes emas secara online, perkara pertama yang harus difikirkan ialah “ilmu”, bukan modal. Ilmu adalah modal terpenting yang harus dicari dan diamalkan. Ramai yang melupakan aspek ini lalu kurang berkongsi ilmu dengan orang ramai sehingga timbul persepsi yang salah seperti:
1. Rugi beli emas sebab harga jatuh.
2. Takut kena bayar zakat, sedangkan ia menyuburkan harta.
3. Bimbang dengan emas palsu.
4. Takut terjebak dengan skim pelaburan emas.
Selepas mantap dengan ilmu, sebaiknya berkongsilah agar dapat memberi manfaatnya kepada orang lain. Anggaplah bisnes yang dilakukan sebagai salah satu jihad untuk membantu masyarakat mengubah simpanan biasa-biasa mereka selama ini kepada emas, simpanan luar biasa yang terbukti kehebatannya berkurun lamanya.
Terbaru, saya ada menulis ebook (buku alam maya) bertajuk Belajar Ilmu Emas dalam 10 Bab: Panduan Terkini Simpanan, Pelaburan dan Bisnes Emas yang boleh dibeli melalui Facebook saya, Nor Fazilah Abd Mohd atau ke fanpage ebook @ fb “Ilmu Emas “ atau sms saya 0199708897 untuk keterangan lanjut. Ebook ini sangat lengkap dan padat dengan ilmu tentang emas lengkap dengan pakej lapan bonus beserta bimbingan eksklusif dari saya dan telah terbukti memuaskan hati mereka yang telah mendapatkannya. Tawaran menarik hanya untuk mereka yang terawal sahaja.
Jual beli emas dengan ilmu, anda pasti berjaya, insya-ALLAH.
Jika ingin mendapatkan ilmu emas di blog yang digelar sebagai “lubuk ilmu emas” oleh pembaca setia, anda hanya perlu ke blog: www.jutawangold.com
Usah risau jika anda tiada modal yang besar utk memulakan perniagaan anda.
KEJAYAAN GCP telah TERBUKTI dengan pencapaian CEMERLANG melatih lebih 4,500 usahawan emas bumiputra muslim yang mana mereka diberi:
MODAL 100% untuk latihan / kursus keusahawanan,
MODAL 100% untuk pemasaran secara konsisten di akhbar dan majalah,
MODAL 100% utk pemasaran secara "offline" dan "online".
Program keusahawanan GCP adalah PERCUMA dan KHAS untuk mereka yang gigih berusaha SAHAJA.
Daftar secara PERCUMA di http://usahawanaurakejayaan.com
Nukilan: Nor Fazilah Abd Mohd.
www.jutawangold.com
Facebook: www.facebook.com/goldcrestpavilion.gcp
Blog: http://goldparadise2u.blogspot.com