Sunday, March 3, 2013

lori mini utk berniaga

Lori komersial Chana Era Star


LORI kecil ini sangat laris di China berikutan kualiti dan harganya yang berpatutan.


BERITA baik buat golongan yang terlibat dalam perusahaan industri kecil dan sederhana (IKS). Ini kerana mereka kini boleh memiliki lori pikap pada harga yang cukup berpatutan.
Diberi nama Chana Era Star, lori tersebut diedar dan dibawa masuk ke pasaran tempatan oleh pihak Changan Berjaya Auto Sdn. Bhd. (Changan Berjaya).
Lori bagi tujuan komersial itu terdiri daripada beberapa varian seperti bertubuh besi, kayu, van luton, van kotak dan lori untuk pasar malam. Ia ditawarkan pada harga bermula RM36,000 hingga RM39,000 sahaja.
Menggunakan teknologi Jepun, jentera tahan lasak itu dikeluarkan oleh pengeluar kenderaan terkemuka di China, Changan Automobile. Syarikat itu merupakan pengeluar kenderaan nombor satu di China berdasarkan kepada pengeluarannya yang mencecah lebih satu juta unit pada tahun lalu.
Tahun 2010 juga menyaksikan Changan Automobile menduduki tempat ke-17 dalam senarai pengeluar kenderaan dunia.
Harus tahu bahawa lori Chana Era Star telah mencipta nama sebagai lori mini terunggul di China dari tahun 2006 hingga 2010. Ia dilengkapi dengan enjin bersesaran 1.3 liter yang mampu menjana kuasa sehingga 58Kw dan tork maksimum 11 kg.cm. Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan.
Lori yang mampu menampung beban dalam jumlah tinggi itu dipasang di kilang Oriental Assemblers di Johor. Pelancaran model pemasangan tempatan (CKD) dijangka dibuat pada suku terakhir tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Changan Berjaya, Datuk Tony Khor menyatakan bahawa pihaknya optimis untuk menjadi hab pengeluaran lori komersial Chana Era Stardengan pemanduan kanan bagi pasaran Asean dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Keyakinan itu berdasarkan kepada maklum balas positif yang diterima daripada pasaran tempatan dan serantau. “Buat masa sekarang, kami baru membawa masuk sebanyak 100 unit lori Chana Era Star dalam bentuk CBU. Kebanyakannya sudah pun dijual.
“Berikutan perkembangan itu, kami yakin dengan potensi lori Chana Era Star di Malaysia. Kenderaan ini amat sesuai untuk kegunaan para peniaga kerana saiz dan keupayaan muatannya yang tinggi,” kata Tony.
Beliau turut memberitahu aspek harga berpatutan, perkhidmatan sokongan selepas jualan yang kukuh dan kemudahan pinjaman menjadi faktor penarik kepada para pelanggan untuk memiliki lori komersial tersebut.

No comments:

Post a Comment