Belia diberi motosikal roda tiga untuk berniaga: Ismail Sabri.
BERA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
akan membantu belia berniaga dengan menggunakan motosikal roda tiga
mulai tahun ini.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,
berkata mereka akan dilatih dan diberi pinjaman sehingga RM15,000
seorang tanpa faedah yang bayaran baliknya adalah antara tiga hingga
tujuh tahun.
"Seramai 500 belia di
seluruh negara akan diberi pinjaman modal. Dalam fasa pertama yang akan
bermula tidak lama lagi, seramai 50 belia akan terbabit," katanya yang
juga Ahli Parlimen Bera kepada pemberita selepas merasmikan program
mesra bersama belia di Dataran Krayong di sini, hari ini.
Beliau berkata, sekurang-kurangnya antara lima hingga 10 belia di setiap negeri akan diberikan peluang itu.
"Program ini akan dimulakan untuk belia-belia di Semenanjung sebelum
diperluas di Sabah dan Sarawak secara berperingkat-peringkat," katanya.
Ismail Sabri berkata, belia berumur 18 tahun yang mempunyai lesen
memandu dan berminat untuk menjalankan perniagaan menggunakan motosikal
akan diberikan keutamaan.
Sehingga ini seramai 500 belia sudah
membuat permohonan bagi menyertai program itu yang dilaksanakan
Suruhanjaya Koperasi Malaysia, katanya.
- BERNAMA
No comments:
Post a Comment