Thursday, November 3, 2011

murtabak raja

Murtabak Raja makin popular di NS


Tengku Ishak Tengku Ibrahim menunjukkan pelbagai jenis Murtabak Raja di Seremban, kelmarin.


RASAH 2 Nov. - Sebanyak 2,000 pek Murtabak Raja keluaran Muslim Best Food Industries Sdn. Bhd. (Muslim Best) dijangka dapat dijual setiap bulan di negeri ini menjelang pertengahan tahun depan.
Hidangan itu diedarkan oleh Mahura Pembekalan Makanan Sdn. Bhd. (Mahura) yang juga stokis utama Muslim Best untuk negeri ini.
Pengarah Urusan Mahura, Tengku Datuk Ishak Tengku Ibrahim berkata, pada masa ini, pihaknya mampu mengedarkan sebanyak 1,000 pek sebulan termasuk kepada beberapa pengedar lain di negeri ini.
Beliau berkata, sambutan yang ditunjukkan oleh para pelanggan terhadap hidangan yang pernah menjadi sajian istana itu amat menggalakkan.
"Kami yakin produk ini akan terus menerima sambutan melalui beberapa strategi perniagaan yang akan dilaksanakan oleh kami di negeri ini," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Menurutnya, martabak itu memiliki keistimewaan yang tersendiri dan ditawarkan dengan pelbagai pilihan perisa iaitu daging tempatan berperisa lada hitam, sardin bersos salsa nanas, kari ayam rempah ratus tradisional dan yang terbaru perasa kentang.
Jelasnya, ia dijual pada harga RM16 untuk berat yang mencecah satu kilogram.
"Ia boleh dimakan oleh empat orang dan boleh disimpan di dalam peti sejuk selama setahun," katanya.
Martabak itu yang menggunakan jenama Murtabak Raja lebih besar, tebal dan padat, berintikan 100 peratus daging lembu dan ayam tempatan serta sardin berkualiti bersalut telur dan bawang segar.
Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai Murtabak Raja boleh menghubungi Mahura di talian 013-9712656 atau 06-6773795.

No comments:

Post a Comment