Monday, November 21, 2011

usahawan digital

Latih usahawan digital

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KAJANG: “Peluang untuk saya meneroka bidang perniagaan lebih terbuka dan mudah dengan kursus yang diberikan di samping perolehan mendapatkan tender kerajaan secara terus tanpa perlu pihak ketiga,” kata peserta kursus e-perolehan, Elliyanti Khalid, 25, yang menyertai kursus Komuniti Usahawan Digital anjuran Sekretariat 1Malaysia dengan kerjasama Giat Mara.

Dia antara 150 peserta kursus yang diraikan sempena tamat kursus berkenaan semalam, berkata, program yang dianjurkan memberi banyak manfaat terutama baginya yang langsung tiada pengalaman dalam pengurusan perniagaan.


“Saya sertai kursus ini selepas mendapat sokongan ayah yang mengharapkan saya meneruskan perniagaan kontraktornya disebabkan saya anak tunggal,” katanya.

Kursus selama dua hari bermula kelmarin itu dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kursus laman web, e-perolehan dan akaun komputer yang dibahagikan kepada tiga kumpulan peserta masing-masing 50 orang.


Hadir merasmikan majlis tamat kursus dan penyampaian sijil ialah Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz.

No comments:

Post a Comment