Artikel hanya 'copy n paste' dari akhbar atau lain-lain sumber. Untuk menghubungi syarikat atau individu terbabit usahakanlah oleh anda sendiri.
Sunday, January 2, 2011
Ilyana
Jadikan sejarah silam sebagai iktibar
Nor Ilyana Zainal Abidin
MARAN 31 Dis. - Baru-baru ini Kementerian Pelajaran mengumumkan subjek Sejarah bakal menjadi mata pelajaran wajib lulus kepada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 2013.
Pengumuman itu disokong sepenuhnya oleh seorang remaja, Nor Ilyana Zainal Abidin, 17, yang berasal dari Felda Tonkin Jengka 23, dekat sini.
Nor Ilyana yang berkulit cerah, bermata galak dan murah dengan senyuman itu, bagaimanapun terkilan kerana tidak berpeluang untuk melalui peraturan baru tersebut kerana dia akan menduduki peperiksaan penting berkenaan tahun depan.
Pemenang tempat keempat pertandingan menulis surat kepada Perdana Menteri bagi peringkat negeri Pahang baru-baru ini, sangat berbangga dengan Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihatnya cukup dekat dengan rakyat.
Menurutnya, naluri kebapaan jelas ditonjolkan Perdana Menteri melalui tindakan mesra turun padang mendengar suara hati rakyat di bandar, luar bandar dan pedalaman.
''Di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib, rakyat bersatu padu kerana terbukti melalui semangat 1Malaysia, segala masalah dapat ditangani.
''Perpaduan dan persefahaman ini dapat menjurus kepada kerancakan sektor ekonomi, pendidikan dan sosial yang memberi faedah kepada rakyat,'' katanya yang bercita-cita menjadi seorang doktor pakar sakit puan.
Nor Ilyana berkata, golongan muda wajib mempertahankan kemerdekaan dan kemakmuran negara dengan apa cara sekalipun.
Katanya, hanya dengan keamanan, rakyat dapat hidup bebas menjalankan aktiviti untuk meningkatkan taraf sosioekonomi.
Nor Ilyana bimbang dengan pergolakan sahsiah yang diikutinya melalui media baru boleh meruntuhkan tamadun bangsa.
''Kesan buruk sejarah keruntuhan empayar Kesultanan Melayu Melaka wajar dijadikan sempadan demi kelangsungan agama dan bangsa Melayu,'' katanya.
Menurutnya, gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri wajar dijadikan pemangkin untuk rakyat bersatu padu dengan membuang jauh perselisihan faham disebabkan kepentingan yang berbeza.
TAJUK-TAJUK B
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment