Artikel hanya 'copy n paste' dari akhbar atau lain-lain sumber. Untuk menghubungi syarikat atau individu terbabit usahakanlah oleh anda sendiri.
Monday, January 10, 2011
Tuala Baru
Tuala wanita kapas kitar semula
Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my
Anja Juliah Abu Bakar bangga menunjukkan tuala wanita kitar semula hasil ciptaannya.
Bagi golongan hawa, mereka akan merasa tidak selesa setiap kali 'datang bulan' meskipun ia adalah kelaziman. Malah, ada yang terpaksa membataskan aktiviti seharian mereka berikutan rasa yang tidak selesa kerap mengganggu perjalanan kehidupan mereka seharian.
Biarpun terdapat pelbagai produk tuala wanita di pasaran namun ia masih tidak memadai dalam memastikan golongan hawa benar-benar selesa ketika menghadapi saat-saat tersebut.
Namun ia tidak lagi menjadi igauan bagi Anja Juliah Abu Bakar apabila beliau berjaya mencipta tuala wanita kain kapas yang boleh di kitar semula serta lebih selesa.
Ciptaan tersebut menjadikan impian wanita untuk melaksanakan apa jua aktiviti harian tanpa rasa terganggu menjadi kenyataan.
Menurut Anja Juliah , tuala wanita ciptaan beliau yang diperbuat daripada kapas tersebut adalah tuala wanita yang telah dimodenkan seiring dengan teknologi terkini.
"Untuk pengetahuan anda, di negara-negara Eropah, wanita mereka telah lama menggunakan tuala wanita yang boleh di kitar semula.
"Ia bukan lagi menjadi suatu pekara yang asing malah produk tersebut kini telah mendapat perhatian yang meluas," ujarnya ketika di temui baru-baru ini.
Jelasnya lagi, tuala wanita tersebut dihasilkan daripada lapisan fabrik kapas 'flannel' yang lembut dengan teras penyerapan yang tinggi.
Selain itu, ia juga dijahit secara berlapis-lapis bersama beberapa jenis kain yang mampu menyerap cecair serta bau yang kurang menyenangkan.
Malah salah satu bahan yang turut di gunakan adalah fabrik yang dihasilkan daripada 'bamboo fleece' yang lebih lembut, selesa dan mampu menyerap cecair dengan lebih baik.
Malah, ia juga turut mampu menyerap bau yang kurang menyenangkan dengan lebih baik berbanding tuala wanita pakai buang.
Tuala wanita ciptaan beliau tersebut boleh dibasuh dan dikeringkan setelah digunakan.
Malah ia juga bertindak sebagai alternatif kepada tuala wanita pakai buang dan boleh digunakan untuk suatu tempoh jangka masa yang panjang.
Didatangkan dalam pelbagai rekaan, warna dan corak yang menarik, inovasi tersebut berjaya menambat hati pengadil dalam Pertandingan Inovasi sempena Karnival Malaysia Inovatif (MI) 2010 Zon Tengah yang berlangsung pada tahun lalu di Melaka.
Ia sekali gus melayakkan Anja Juliah dinobatkan sebagai pemenang pertandingan tersebut dalam Kategori Wanita dan
berjaya membawa pulang hadiah
berupa wang tunai sebanyak RM 3,000 serta trofi.
Bagi yang berminat boleh menghubungi beliau di talian 019-2112593 dan 019-5078327 atau menyetai akaun faceBook beliau di blucotton atau email blucotton@gmail.com.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment