Tangan kanan hancur digilis mesin
12 Februari 2012
Tragedi yang menyebabkan sebahagian tangan kanannya hancur akibat digilis mesin ketika bekerja di sebuah kilang percetakan di Batu Caves menyebabkan dunia kehidupannya berubah daripada insan normal menjadi Orang Kurang Upaya (OKU).
Kini, Ahmad yang memiliki 40 lembu serta dua pekerja OKU juga berhasrat menambahkan lagi jumlah ternakannya menerusi peruntukan geran RM70,000 yang diterima daripada Skim Bantuan Perniagaan OKU Peringkat Negeri.
Dia antara 12 penerima geran dari seluruh negeri ini yang terpilih menerusi Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung.
Menurutnya, dia terharu kerana penantiannya berbaloi dan mula memohon sejak 2008 dan menghargai usaha kerajaan yang membantu golongan sepertinya.
“Syukur kepada ALLAH SWT kerana saya sendiri tidak sangka terpilih dan peruntukan geran ini membantu mengurangkan beban dan memudahkan usaha saya.
“Saya bercadang menambahkan jumlah ternakan selain mempelbagaikan lagi usaha seperti menambahkan baka, menghasilkan dedak sendiri dan menanam anak benih untuk meningkatkan lagi pendapatan,” kata bapa kepada empat anak itu.
No comments:
Post a Comment