PERNIAGAAN FRANCAIS Di dalam sistem francais kita ada franchaisor dan franchaisee. Franchaisor adalah syarikat yang sudah berjaya yang akan memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha kecil menjalankan bisnes yang sama melalui perjanjian francais. Franchaisor akan memberi hak untuk memasarkan atau mengeluarkan produk mereka kepada franchaisee. Franchaisee akan membayar royalti atau pembayaran khusus yang ditetapkan dalam perjanjian francais. Sebagai contoh restoran McDonalds adalah franchaisor yang akan memberi peluang kepada franchaisee membuka restoran McDonalds. Franchaisee akan memulakan perniagaan di bawah jenama McDonalds di mana franchaisor akan memastikan operasi franchaisee seragam dengan mana-mana outet McDonalds di seluruh dunia. Kadar kegagalan memulakan perniagaan sendiri adalah amat tinggi terutama jika kurang pengalaman memulakan perniagaan contohnya membuka restoran. Besar kemungkinan restoran mereka akan gagal disebabkan oleh fakta-fakta penjenamaan, promosi dan penerimaan pelanggan kepada produk makanan restoran tersebut. Untuk mengurangkan risiko ini, lebih baik kita menjadi franchaisee kepada restoran-restoran yang berjenama supaya kita dapat memulakan perniagaan produk yang sudah dikenali ramai dan dapat menggunakan sistem franchaisor untuk menjalankan operasi secara optimum. Dengan itu, kemungkinan kejayaan kita menjalankan bisnes ini adalah lebih tinggi. Trend di seluruh dunia menunjukkan bahawa apa sahaja barangan atau perkhidmatan dapat difrancaiskan. Negara yang paling banyak menjalankan francais adalah Amerika Syarikat di mana hampir semua bisnes dijalankan secara francais. Antara perniagaan francais dari Amerika yang sudah bertapak di Malaysia adalah McDonalds, Kentucky Fried Chicken (KFC), Pizza Hut, A&W dan banyak lagi. | ||
| ||
Saya akan memberikan beberapa jenama francais yang mungkin boleh dilaksanakan di Malaysia sebagai contoh seperti: a. Francais Subway: Menjual pelbagai jenis sandwich yang laris. Kini Subway mempunyai lebih dari 20,000 outlet di seluruh dunia b. Starbuck : Bistro yang sadang berkembang pesat di seluruh dunia c. Chemdry : Francais membersihkan karpet, langsir dan Iain-lain d. Jani-King : Francais industrial and commercial cleaning service e. Jazzercise : Francais untuk fitness center seperti aerobik, slimming dan Iain-lain. f. Futurekid Inc : Francais untuk pembelajaran komputer kanak-kanak Francais di atas sebagai contoh sahaja. Jika anda melayari internet anda boleh pilih bermacam bidang francais. Sebagai contoh anda boleh 'search' di Googles dan taipkan key word umpamanya francais produk barangan kulit. Anda akan dapat mengenali franchaisor yang menjalankan bisnes barangan kulit. Taip apa sahaja bisnes francais yang anda minat dan akan mendapat banyak maklumat. Jika anda minat bisnes masakan, mungkin anda boleh memasuki bidang francais restoran. Sebaiknya tanya diri sendiri apa minat anda dan apa yang memberi kepuasan kepada anda. Kita perlu faham bahawa menjalankan bisnes francais bukan mudah dan perlu kepada kegigihan dan kerja kuat. |
Artikel hanya 'copy n paste' dari akhbar atau lain-lain sumber. Untuk menghubungi syarikat atau individu terbabit usahakanlah oleh anda sendiri.
Sunday, February 5, 2012
perniagaan francaise dari blog fazlisyam.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment