PANDUAN PERNIAGAAN KATERING 1. Pilih jenis perniagaan katering yang akan anda jalankan. Apakah katering yang bersifat khusus atau umum. Katering khusus bererti katering anda hanya menyajikan untuk satu acara tertentu dengan menu khusus, misalnya, majlis hari jadi, mesyuarat atau pesta formal. Sementara katering umum lebih bersifat fleksibel. la boleh digunakan untuk acara apa sekalipun. 2. Lakukan tinjauan secara kecil-kecilan untuk mengetahui pesaing-pesaing anda. Cuba cari maklumat mengenai soal harga, kualiti makanan serta kualiti penyajiannya. Makin banyak informasi yang boleh anda cari semakin banyak ilmu yang anda cari, anda sebenarnya semakin bersedia menghadapi persaingan dalam perniagaan katering. 3. Hitung kos pengeluaran yang diperlukan untuk memulakan perniagaan. Di awal anda membuka perniagaan, buatlah pel-bagai promosi. Misalnya mengedarkan risalah yang mengandungi nombor telefon, alamat dan sebagainya atau jika anda lebih berkemampuan, tidak salah jika anda mengiklankan perniagaan anda di dalam surat khabar. Untuk lebih cepat dan praktikal, anda juga boleh mengiklankan perniagaan di dalam iklan di radio mahupun di dalam internet. Selain itu salah satu caranya adalah dengan menawarkan harga yang berpatutan di atas setiap tempahan yang diterima daripada pelanggan. Dengan cara itu, anda mampu menarik lebih ramai pelanggan membuat tempahan | ||
4. Untuk perniagaan katering, anda tidak perlu mempertimbangkan faktor lokasi. Hal ini adalah kerana pemesanan boleh dilakukan melalui telefon atau dari mulut ke mulut. 5. Manfaatkanlah anggota keluarga atau teman-teman untuk membantu anda memulakan perniagaan katering. Percayalah, tindakan ini dapat memberikan peluang pekerjaan kepada ahli keluarga anda. . 6. Selain itu cuba buat tinjauan perkakas barang yang diperlukan untuk industri katering ialah pinggan mangkuk, sudu, garpu, pisau, peralatan dapur, lapik meja, meja, kerusi, tisu dan sebagainya. Semua itu perlu diambil kira. Untuk itu anda boleh membeli barang-barang tersebut secara borong untuk mendapatkan harga yang murah. Beli dalam jumlah yang banyak jadi anda dapat menjimatkan perbelanjaan pengeluaran anda. 7. Namun jika semua ini mampu anda sediakan tetapi tidak mempunyai modal, jangan bimbang. Anda boleh memulakan perniagaan anda dengan membuat pinjaman sama ada daripada pihak bank mahupun daripada pihak yang berkaitan. Walaupun tiada modal, anda masih berpeluang membuka perniagaan asalkan anda tahu caranya. |
Artikel hanya 'copy n paste' dari akhbar atau lain-lain sumber. Untuk menghubungi syarikat atau individu terbabit usahakanlah oleh anda sendiri.
Sunday, February 5, 2012
katering dari blog fazlisyam.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment